Thursday, March 28, 2013

Terkini Di Lahat Datu: 3 Pengganas Yang Bertempur Dengan pasukan Keselamatan Berjaya Melarikan diri



Sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang dirampas pasukan keselamatan selepas berbalas tembakan dengan saki-baki kumpulan pengganas Kiram di Sungai Bilis pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, sepasukan anggota keselamatan diserang hendap dua daripada tiga anggota pengganas Kiram ketika sedang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan tersebut.

"Kita membalas tembakan bagi mempertahankan diri tetapi kesemua pengganas tersebut berjaya melarikan diri. Tiada anggota pasukan keselamatan mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamza menafikan khabar angin bahawa kegiatan kumpulan pengganas Kiram yang sebelum ini tertumpu di Lahad Datu dan Semporna telah merebak ke daerah Sandakan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.