Wednesday, March 13, 2013

Terkini Di Lahat Datu: 56 pengganas berjaya dibunuh dan 25 mayat berjaya dibawa keluar



Keadaan keselamatan di Bandar Lahad Datu telah pulih seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan operasi masih di tutup untuk orang ramai.

Selain itu, kawasan operasi diteruskan di kawasan Tanjung Batu, Sungai Bilis dan Sungai Nyamuk untuk mengesan pengganas-pengganas yang masih bebas. Operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan seorang anggota tentera telah terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lahad Datu pada 12 Mac 2013 jam 7.30 pagi.

Setakai ini, jumlah pengganas yang terbunuh seramai 56 orang, 25 mayat pengganas telah berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi manakala 97 orang di tangkap dan disiasat di bawah SOSMA 2012.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.