Monday, March 11, 2013

Terkini Di Lahat Datu: Dua Mayat Pengganas ditunjukkan kepada Media





Dua mayat pengganas yang ditembak di Semporna dalam insiden di Kg. Simunul baru-baru ini ditunjukkan kepada media di rumah mayat Hospital Tawau, Sabah.


Mayat ini adalah antara 53 pengganas yang berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan sejak penceroboh menyerang negeri Sabah.

Sementara itu pihak keselamatan memberitahu bahawa keadaan di bandar Lahad Datu kembali normal yang mana premis-premis perniagaan berjalan seperti biasa. Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Usaha-usaha untuk mengeluarkan saki baki mayat-mayat penceroboh sedang giat dilaksanakan dari kawasan operasi. Pihak PDRM sekali lagi menegaskan kepada orang ramai agar tidak menghampiri atau memasuki zon larangan Operasi Daulat. Pasukan keselamatan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.