Monday, March 11, 2013

Terkini Di Lahat Datu: Hampir Dipenggal Kepala Oleh Pengganas Sulu


Operasi Daulat di Kampung Tanduo tamat kerana pihak keselamatan mendapati sudah tidak ada pengganas Sulu bersembunyi di situ. Kini pihak keselamatan membina kem sementara untuk memantau keadaan keselamatan di Kampung Tanduo.

Pihak keselamatan kini menumpukan operasi membersih dan mencari pengganas Sulu di kawasan Tanjung Batu.

Sementara itu seorang penduduk di Tanjung Batu menceritakan detik-detik cemas apabila beliau diculik oleh pengganas Sulu. 

Ajmain Mahmod merupakan salah seorang penduduk yang diculik pengganas di Kampung Tanjung Batu menceritakan bagaimana dia nyaris dipenggal kepala dengan parang Bagong oleh pengganas Sulu yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.