Monday, March 18, 2013

Terkini Di Lahat Datu: Kereta kebal Tiba untuk menghadapi peperangan Gerila lebih hebat


Ops Daulat sudah memasuki hari ke-13 hari ini dan dikejutkan dengan pengisyhtiharan Jamalul Kiram untuk melancarkan perang gerila keatas pasukan keselamatan habis-habisan.


Sebenarnya pasukan keselamatan sudah bersedia menghadapi kemungkinan menghadapi peperangan yang lebih besar ekoran musuh iaitu pengganas Sulu mendapat suntikan dana dari Individu tertentu yang mahukan Malaysia kucar-kacir menjelang pilihanraya ke-13.

Sehubungan dengan itu beberapa kereta kebal jenis berantai (MBT) PT-91M telah tiba di Lahat Datu bagi menghadapi kemungkinan tersebut.

Kereta kebal ini mempunyai kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal. Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer.

Kegagahan PT-91M bukan hanya terletak pada meriam utamanya tetapi turut disokong dengan sistem navigasi SIGMA 30 dan blok armor reaktif ERAWA-2 pada bahagian hadapan, bumbung dan sisi hadapan. Ia bertujuan mengurangkan impak hentaman daripada sistem peluru berpandu anti-armor dan juga perobek armor.

KERETA kebal tiba di Lahad Datu hari ini sebelum dibawa ke FELDA Sahabat dengan diiringi trak tentera dan polis untuk membantu Ops Daulat.


Difahamkan pasukan keselamatan telah mengaturgerak bagi menghadapi kemungkinan kemasukan pengganas-pengganas Sulu ke Sabah dengan meletakkan perairan Sabah dalam keadaan berjaga-jaga.


9 comments:

  1. Rasanya ini bukan PT91M tetapi kereta perisai berantai ADNAN.

    ReplyDelete
  2. btol ni bkn PT91M tetapi ADNAN.moga2 admin page cepat2 edit balik post nie

    ReplyDelete
  3. Tak kisahlah apa pun yang penting ia boleh digunakan

    ReplyDelete
  4. Kenapa yang bawa tu bukan kenderaan tentera, dah lingkup ker semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa le engko ni biut sangat??????
      Kecik2 tak mau mampus. Bila dah besar BODOH PIANG!!

      Delete
    2. patutnya mak bapak kimak kau yg pikul kete kebal tu g sabah..bodoh mcm lubang taik kau bhai

      Delete
  5. PT91M pendekar buatan Poland

    ReplyDelete
  6. Tak perlu bagitau yang sebenar pun sebab musuh akan tahu kelemahannya

    ReplyDelete
  7. untuk menjimatkan kos dn masa la duhai anon 4:57.operasi ni bknnye di semenanjung dimana keta perisai ni ditempatkan.nak dibawa ke sabah gne kapal lgi.12 buah plk tu ditambah kelengkapan lain spt peluru dn sbgnya.lgpon xde gunanye kalo kita penuhkan kapal tu dgn extra 12 treler tentera dgn alasan untuk memuaskan hati bro melihat keta perisai ni diangkut oleh kenderaan tentera.time is crucial.perajurit kita sedang berjuang di sana.bersangka baik la bro.mudah2an perajurit kita di bwah lindungan Allah Yang Maha Esa

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.