Tuesday, March 12, 2013

Terkini Di Lahat Datu: Kg Tanduo sudah bersih, Kini Pihak Keselamatan menumpukan Operasi di Tanjung Batu dan Sungai Bilis





Ops Daulat diteruskan kini tertumpu di kawasan Tanjung Batu dan di Sungai Bilis kerana keadaan di kampung Tanduo sudah benar-benar bersih sepenuhnya daripada pengganas Sulu.


Ketua Polis Sabah mengesahkan mayat seorang Jeneral pengganas Sulu ditemui.

Serbuan itu mengakibatkan empat orang suspek ditahan dan dibawa ke IPD Semporna untuk disoal siasat

Menurut penduduk Kampung Bangau-Bangau, pasukan polis berkenaan telah menyerbu sebuh rumah di Lorong 4 pada pukul 6 pagi tadi

Pasukan polis dari IPD Semporna bertindak atas aduan penduduk setempat yang mengatakan ada orang yang disyaki serpihan pengganas Jamalul Kiram III telah berada di dalam kampung berkenaan

Pihak Keselamatan kini berada di Kampung Bangau-Bangau Semporna kerana dilaporkan telah menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.