Tuesday, March 12, 2013

Terkini Di Lahat Datu: Masih Ramai Pengganas Bersembunyi di Sungai Nyamuk



Pasukan keselamatan yakin masih ramai saki-baki pengganas Sulu sedang bersembunyi di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.


Pasukan keselamatan akan mempertingkatkan operasi Daulat ini dengan lebih berhati-hati kerana pengganas kini sedang bersembuyi di rumah-rumah milik penduduk tempatan yang juga berketurunan Sulu.

Pengganas Sulu kini membuat serangan secara serang hendap dan tembak curi.

Sementara itu Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu.

1 comment:

  1. Hapuskan smua kafir2 tu,.....xpayah mandi dan kafan kan bangkai2 sulu tu,.....bakar jer...sbb mereka kafir

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.