Wednesday, March 27, 2013

Terkini Di Lahat Datu: Ops Daulat hari ke 23 diteruskan


Ops Daulat memasuki hari ke 23 kini diteruskan merangkumi kawasan-kawasan di tepi persisiran pantai. Ops daulat ini adalah dengan kerjasama antara pihak PDRM dan ATM sendiri telah membuahkan hasil sehingga 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Walaupun Menteri Pertahanan pengganas Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram berjaya ditahan namun pihak keselamatn masih berhati-hati dengan saki baki pengganas Kiram yang masih bersembunyi di kawasan tanjung Batu dan sekitar.

Sebelum itu pihak polis mengenalpasti laman sosial Facebook dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datu AmirBahar.

Andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkataan ‘Kiram’ yang terdapat pada profail rakan-rakan Facebook ‘Menteri Pertahanan Sulu’ itu yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia pada 23 Mac lalu.

Merujuk kepada profailnya, Amirbahar yang berasal dari Jolo di Sulu, Filipina menguasai bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog dan Tausug.

Beliau meminati akaun Facebook milik penyanyi Amerika Syarikat, Nubia Emmons; syarikat produksi filem, Doghouse73 Pictures dan Norwegian Funny Sharing.

Pada profail Amirbahar, tertera gambar beliau bersama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.