Wednesday, March 13, 2013

Terkini Di Lapangan Terbang Subang: Kedua-dua perwira negara itu dinaikkan ke pangkat koperal penuh.



Pesawat yang sama akan menerbangkan kedua-dua jenazah ke Kota Bahru untuk dikebumikan di kampung halaman mereka di Kelantan.

Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.


Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Sementara itu dalam sidang media sebentar tadi memutuskan kedua-dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu akan dinaikkan pangkat kepada Koperal dan menerima pencen terbitan kira-kira RM2,000 serta faedah lain secara kumulatif termasuk insurans kelompok, koperasi dan tabung amanah berjumlah hampir RM170,000.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyambut ketibaan jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, sebentar tadi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.


Kedua-dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu , Kelantan Pada jam 8.45 pagi dan dijangka tiba jam 10.15 pagi dengan pesawat Carlie C-130 Hercules.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.