Wednesday, March 13, 2013

Terkini DiLahat Datu: Azzamudie Kiram Masih Berada Dalam Kawasan Kepungan


Ops Daulat kini memasuki hari ke-9 dan pihak keselamatan memberi tumpuan di kawasan sekitar Tanjung Batu dan Sungai Bilis.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin ketua penceroboh, Azzumudie Kiram bersama lebih 30 orang pengikutnya masih berada dalam kawasan kepungan pihak keselamatan negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dia yakin ketua penceroboh itu tidak akan meninggalkan kumpulan pengganas tersebut bagi memberikan arahan seterusnya.


Pihak keselamatan yakin akan dapat menumpaskan pengganas dalam masa terdekat.

Sementara itu dalam Ops Daulat hari ke-8 mencatatkan seorang anggota tentera terkorban manakala seorang lagi cedera selepas ditembak kumpulan pengganas Sulu dalam pertempuran di Kampung Sungai Nyamuk di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati dua pengganas Sulu.

Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.

Pihak keselamatan percaya perbuatan serang hendap itu dalah untuk melemahkan semangat anggota keselamatan bagi meneruskan ops Daulat.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.