Thursday, March 28, 2013

Terkini DiLahat Datu: Polis Sudah Dapat mengesan Ahli Politik hantar Wang ke Filipina



Polis sudah mengenalpasti beberapa individu termasuk ahli politik yang terlibat menyalur dana kepada kumpulan pengganas di selatan Filipina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, buat masa ini polis tidak boleh mendedahkan butiran siasatan kerana ia adalah perkara terlalu serius dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru dan perkara ini juga membabitkan beberapa ahli politik yang ternama.

"Tunggu sehingga siasatan kami (polis) selesai baru kami akan dedahkan. Kami akan cuba secepat mungkin untuk mengesan pihak itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau ruang pameran System Consultancy Services, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar di Lahad Datu berkata, pihak keselamatan sedang mengesan tindakan mengkhianati negara termasuk golongan yang bersubahat dalam memberi dana kepada anggota pengganas di selatan Filipina.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi semasa Operasi Daulat, Ismail berkata, polis telah menghantar beberapa aset penting bagi memantapkan strategi pertahanan pasukan keselamatan terutama di Lahad Datu.

Polis telah menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk memantapkan beberapa perkara asas seperti keperluan logistik dan aset penting, katanya

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.