Friday, March 8, 2013

Terkini: gambar Perjumpaan bernilai RM1 juta disebarkan


Dalam keadaan rakyat memfokuskan keganasan yang berlaku di Lahat Datu dimana ratusan pengganas Sulu yang lengkap berpakian tentera berjaya menyelinap masuk ke Sabah.

Insiden ini juga ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan telah mengarahkan SUARAM iaitu NGO tajaan yahudi yang terlalu kuat menyokong Anwar Ibrahim membayar kepada Jamalul Kiram III sebanyak USD2 juta untuk membeli kelengkapan senjata dan peralatan lain.

Diketika Anwar Ibrahim yang begitu gelabah babi, bapa Saiful Azlam Mohd Lazim yang penuh bermasalah hutang dan kewangan berjaya ditemui.

Diantara orang perantaraannya adalah Johari Abdul Ahli Parlimen Sungai Petani. Johari Abdul berjaya menghidu masalah yang dihadapi oleh bapa Saiful Azlam Mohd Lazim dan Johari terus menyambar bagaikan kilat.

Setelah beberapa perbincangan dibuat Johari Abdul menawarkan jutaan ringgit untuk bapa Saiful sehingga berjaya dipertemukan dengan Anwar Ibrahim.

Difahamkan Azlam Mohd Lazim ditawarkan wang tunai dengan syarat beliau perlu meminta maaf kepada Anwar Ibrahim terlebih dahulu kemudian akan diarak ke pentas pakatan rakyat bagi membuat kenyataan palsu berkenaan kes Liwat.

Saiful Bukhari bukannya seorang penjenayah, bukan pula seorang perogol dan apatah lagi seorang peliwat. Beliau hanyalah mangsa liwat yang mahu mencari keadilan untuk dirinya. 

Beliau melakukan segala-galanya untuk mendapat keadilan bagi dirinya, daripada membuat laporan Polis, memohon bantuan perlindungan orang politik kerana peliwatnya seorang yang ternama dan berpengaruh, sehinggalah kepada melakukan sumpah laknat.

Bagi seorang Islam yang waras akal fikirnya, mendapat pendidikan agama secukupnya, melakukan sumpah laknat merupakan satu kemuncak kepada segala usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya. Itulah yang terpaksa dilakukan oleh Saiful Bukhari untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia bukan seorang pelingpur lara atau penipu. Ini bukan kes politik. 

Ini kes jenayah. Perdana Menteri, Polis dan Pendakwaraya boleh sahaja membutakan mata, memekakkan telinga dalam isu ini jika mereka mahu mengelakkan kontroversi seperti mana kes Anwar Ibrahim meliwat Azizan.

Sementara itu dalam sidang media yang baru sahaja selesai Mohd Azlan meminta supaya Anwar Ibrahim bertaubat daripada meliwat orang muda sepertinya dan meminta hentikan menggunakan wang ringgit dengan tujuan untuk menjadi perdana menteri.

Azlan mengingatkan Anwar Ibrahim 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua' dan meminta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit untuk membeli keluarganya walaupun keluarganya dalam keadaan susah dengan masalah kewangan.

12 comments:

  1. Good Info Sg rapat...I like

    ReplyDelete
  2. perhatikan ayat yang dimulakan oleh bapa saiful ... "saya rasa ... bla ... bla ... bla"
    ayat ini tidak ada kredibiliti lansung ... sesiapapun buleh kemukakan statement seumpama ini ...
    sepatutnya bapa saiful berkata begini "saya yakin 100% tuduhan liwat yang dibuat oleh saiful adalah konspirasi umno ... saya mempunyai buktinya, (1) keluarga saya telah dibayar rm xxx juta oleh umno ... (2) keluarga saya telah mendapat xxx ekar tanah (3) keluarga saya telah mendapat pelbagai kemudahan yang diberikan oleh umno sifulan bin sifulan yang menjadi perantara antara umno dan keluarga saya ini buktinya (1) ini akaun yang digunakan ini penyata masuk keluar duit yang diterima (2) ini geran tanah yang diberi oleh umno (3) ini senarai kemudahan yang keluarga saya perolehi dan ini bukti bertulis dan dokumen yang berkaitan ... ini semua adalah sebagai imbuhan kepada konspirasi itu ... sumpah laknat yang dibuat oleh saiful adalah lakunan semata ... sifulan bin sifulan yang rancang ..."
    mana bukti bahawa wujud konspirasi itu ... kemukakan wahai Azlan ... kalau tidak ini doa aku "semoga Allah melaknat pembuat kebatilan dan mereka yang mempertahankan kebatilan"

    ReplyDelete
  3. ehh, ini gambar lama la bro, kami udah tengok ini gambar sebelum tuduhan liwat & terhebah kencang ketika itu, kelakar betul, wahai saudara ! gambaq bapak si saiful dgn anwar ni gambaq lama sebelum tuduhan liwat dan sumpah saiful dibuat...ketinggalan zaman sungguh....jgn cepat melatah beb..sudah lama kami tengok itu gambar ba.., ini perangai org yg tidak selidik..melulu.berhati,brhemah bg statement..sudah mnjadi fitnah..say no fitnah, dosanya lebih besar dari mmbunuh. tolong selidiki betul2 ye

    ReplyDelete
  4. Gambar tahun 2008 ... bodoh betul admin ..

    http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2009/04/harapkan-pagar-pagar-makan-padi_20.html

    ReplyDelete
  5. anon 8.03..salman...lama tak lama tak kisah bro...tapi peguam anwar karpal telah nyatakan dalam mahkamah bahawa ianya berlaku secara 'suka sama suka'....hakim putuskan ianya memang berlaku tetapi sukar untuk disabitkan kerana hakim tidak boleh bergantung hanya kepada bukti dna....kita pun tahu tak kan nak pi ambil sampel dan letak dalam tu...cuba fikir bro...

    ReplyDelete
  6. Apa dah jadi dengan politik kat Malaysia ni..macam haram jadah.

    ReplyDelete
  7. Ini gambar tahun 2007. Dah banyak kali tengok gambar ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan la . Ini gambar 1987....

      Delete
  8. Der..tgk gambar pun dah tahu la ni gambar lama. kan rambut masih hitam lg tu? adoyai.. admin x patut letak caption "TERKINI". tp ada jgk org yg x selidik percaya dgn gmbr mcm ni..haihh..

    ReplyDelete
  9. AAA iyer lah gambar lama tahun 1942 waktu perang jepun, rambut bapak saifule belum tumbuh lagi tapi kini pun tak tumbuh juga

    ReplyDelete
  10. Admin pon main tangkap muat jek...X up to date langsung...huhhhh

    ReplyDelete
  11. Buat le sumpah laknat dalam masjid. Anuwar & bapak saiful...ada berani? Cakap sapa2 pun boleh cakap..nak duit maaaa...juta pulak tu.

    -Zas-

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.