Saturday, March 9, 2013

Terkini Ops Daulat: 53 pengganas telah dibunuh termasuk pagi tadi


Dalam sidang Media sebentar tadi, 53 pengganas telah berjaya dibunuh dan lebih 79 telah ditahan sepanjang Ops daulat yang memasuki hari kelima.

Pihak keselamatan telah mengepung diseluruh kampung Tanduo dan di Kampung Tanjung Batu.

Kesan daripada kepungan ini pengganas cuba lari tetapi gagal kerana terdapat kawasan berpaya dan mereka tidak boleh lepas daripada kepungan pihak polis.

Tidak ada kemungkinan mereka akan lari ke laut kerana kepungan ketat yang dilakukan oleh pihak keselamatan.

Pengganas kini bergerak dalam hanya kumpulan yang agak kecil tiga ke empat orang bagi mengelirukan pihak keselamatan.

Pihak keselamatan percaya masih ada saki baki pengganas yang masih bersembunyi di kawasan perantaraan kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.