Thursday, March 14, 2013

Tian Chua pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan Biadap - YB Dato Hamidah


Tindakan Tian Chua yang sengaja mempolitikan isu keselamatan negara jelas mengambarkan wujudnya unsur untuk memburuk-burukkan kerajaan seterusnya menjejaskan kredebiliti pihak berkuasa mengambil kira sensitiviti ahli keluarga pasukan keselamatan yang terbabit dalam operasi tersebut, kata YB Dato Hamidah.


"Malah dakwaan beliau yang mengaitkan UMNO dan kerajaan dalam kejadian itu hanya untuk meraih populariti politik murahan. 

Atau mungkin juga untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap laporan beberapa agensi berita asing termasuk sumber risikan pasukan bersenjata Filipina yang mengaitkan kejadian pencerobohan itu dengan bantuan kumpulan pembangkang di negara ini', kata YB Dato Hamidah ketika ditemui dalam majlis penyampaian notebook kepada masyarakat Dun Sungai Rapat di dewan Carsem dekat Medan Gopeng.

"Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah membabitkan soal keselamatan negara dan ia tidak perlu dipolitikkan sebaliknya semua pihak harus memberikan sokongan padu kepada kerajaan dan anggota pasukan keselamatan untuk menangganinya mengikut undang-undang negara. Soal keselamatan dan ancaman kepada kedaulatan negara tidak boleh dipandang mudah.

Sebagai seorang pemimpin politik, Tian Chua seharusnya lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang kenyataan kerana kenyataan tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah seumpama itu boleh memberikan gambaran tidak baik terhadap kerajaan dan mungkin juga mengelirukan rakyat,kata YB Dato Hamidah lagi.


Tian Chua menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing"


Sementara itu kenyataan Tian Chua itu boleh dilihat menerusi pautan di laman suara rasmi PKR dihttp://www.keadilandaily.com/insiden-tembak-menembak-di-lahad-datu-konspirasi-terancang-umno-tian/

Dalam majlis penyampaian komputer notebook ini seramai lebih 200 pelajar sekitar Dun Sungai Rapat mendapat notebook masing-masing.

Fauziah Bt Ramli 16 tahun, "dengan adanya komputer notebook ini dapatlah saya membuat kerja-kerja sekolah dirumah dengan lebih mudah dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Hamidah kerada sudi memberikan kepada saya komputer notebook ini".





4 comments:

  1. tahniah kak midahh.....

    tian chua tu anak komuniss..

    ReplyDelete
  2. Tian sial ni berani sebab ada melayu di belakang dia. Orang macan ni tak kan berani kalu melayu bersatu.

    ReplyDelete
  3. Ahad lepas aku ke majlis kahwin di KL,bertembung dengan Tian, sambil makan bersembang dengan beliau. aku dapat cerita sebenar dari mulut beliau dan baru faham cerita sebenar, aku anggap pihak yg menuduh beliau memiliki akal politik yang lemah, tanggung, dan kekeringan isu. Aku sendiri sebenarnya bukan penyokong PR, tapi jelas terserlah kebanyakan pemimpin PR mempunyai akal yang panjang, bernas dan berwawasan untuk menerajui Malaysia selepas PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  4. Wawasan tengkorak mu dah memperlekehkan pasukan keselamatan kemudian mu kata dia berwawasan mu sial

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.