Monday, March 18, 2013

Tiga Lagi Suspek Pengganas Sulu Ditahan di Sandakan




Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, hari ini selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan pada 3 petang tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yang mempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.


Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat, mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini.


Sementara itu Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan penduduk perkampungan air di perairan Sabah perlu dipindahkan kerana mereka berkemungkinan terdedah dengan ancaman kumpulan penceroboh luar.

Beliau berkata penempatan di kawasan itu yang tidak teratur akan menyukarkan proses kawalan oleh pasukan keselamatan negara.

Dr Mahathir diminta mengulas perkara itu susulan gesaannya pada Khamis lepas agar kerajaan tidak lagi membenarkan rangkaian rumah dibina di atas penempatan kampung air.

"Kita perlu pindahkan mereka tetapi kita perlu cari tanah untuk mereka dan kita perlu kenal pasti di antara mereka siapa yang merupakan warganegara kita, mereka yang merupakan warga asing serta golongan yang tidak mempunyai sijil pengenalan diri," katanya.

1 comment:

  1. Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
    tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
    dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.