Thursday, March 28, 2013

Treler Fitnah Pas Tiada Sambutan Di Pengkalan Pegoh


Pas dakwa Umno gelabah bila Treler Fitnah Pas masuk ke Pengkalan pegoh tetapi sebenarnya Pas yang mengelabah bewak apabila hanya kanak-kanak sahaja menunggu treler fitnah Pas itu berhenti di pengkalan Pegoh.

Seperti yang dijanjikan oleh Dreber yang tidak mempunyai lesen PSV Treler muatan panjang, treler Fitnah Pas sampai juga ke Pengkalan Pegoh dengan disambut oleh lebih 30 budak-budak upahan yang menyaksikan Pak Jabit Hantu Kak Limah buat Lawak bodoh seperti dibawah. 

Sebelum itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Al-Hiss buat persembahan sorang-sorang berpidato seolah-olah penonton seramai 10,000 orang sedang menyaksikan beliau berpidato. Kemudian setelah letih berpidato yang penuh dengan fitnah beliau mengedarkan risalah fitnah kepada kanak-kanak yang hadir.

Memang ramai lebih banyak kereta yang mengiringi treler daripada orang yang mendengar fitnah Pak Jabit
Sebelum itu juga menurut sumber treler ini ditahan oleh pihak polis kerana pemandunya tiada lesen PSV yang membolehkan seseorang itu memandu treler panjang ini dan meletakkan treler ini disepanjang jalan di kawasan Changkat Larang dan ini membuatkan berlakunya kesesakan.

Pemandu treler itu dikatakan minum dengan krew-krew mereka di gerai yang menghala ke Taman Desa Pelancongan.

Setelah mendapat jaminan polis treler fitnah itu dilepaskan dan dibenarkan parking di Pengkalan Pegoh. 

Lebih satu jam Treler Fitnah itu parking berhampiran dengan Dewan Orang ramai dan melihatkan tiada sambutan serta lawak bodoh daripada Pak Jabit pun sudah lama selesai maka Treler Fitnah itu meneruskan perjalanan ke Parit sebelum destinasi mereka seterusnya ke Bandar Sri Iskandar.

Ini menunjukkan rakyat sudah mula muak dengan perangai pemimpin  Pas yang sanggup menggadai Agama Islam demi untuk bersama kafir harbi untuk ke putrajaya.



Pas juga rela bersahabat dengan parti yang penuh dengan pemimpin jijik sehingga sanggup melakukan perbuatan jijik kemudian menuduh orang lain buat fitnah. 

Kini rakyat sudah mula sedar dengan permainan kotor pakatan haram dan rakyat akan pastikan pakatan haram ini tidak mendapat walau satu undi pun pada PRU13 nanti.



1 comment:

  1. Elok letakkan MESIN KUDA/MESIN BUAH je dlm trelar u dan PAK JABIT misti teruja nak jadi pemain

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.