Wednesday, March 20, 2013

Yuktes Vijay dedahkan Anwar 'Main Belakang' sepanjang perbicaraan Kes Liwatnya



Tidak berapa lama dulu kita dikejutkan apabila tiba-tiba Anwar pakai berjaya melantik bekas ketua pendakwaan kes liwatnya , Datuk Yusof Zainal Abidin sebagai peguam yang mewakilinya dalam kes Bersih ini.

Pada yang tak tahu, ini kali kedua Anwar buat tindakan hampir serupa, kali pertama dengan melantik Karpal Singh sebagai peguam bela dalam kes liwat sama, walhal Karpal Singh jugalah yang mula-mula menuduhnya sebagai peliwat pada 1997.Memang perjalanan kes liwat antara Anwar dengan Saiful Bukhari ini semacam ada tidak kena dari mula. 

Sepanjang masa itulah, berkoyan-koyan, kalau tak bertan-tan sumpah seranah macai Pakatan haram dilempar kepada Datuk Yusof yang mengetuai pendakwaan Anwar ketika itu, tapi penyudahnya orang itu jugaklah diambil Anwar untuk mewakilinya dalam kes Bersih ini. Macam dah takde peguam lain ya. atau sudah dibayar?

Apa jadi dengan macai yang disebutkan di atas? Korang berlumba-lumbalah jilat balik ludah yang dulu di halakan kepada Yusof. Jangan salahkan orang lain, salahkan Anwar dan diri sendiri kerana menyokong Anwar.

Sementara itu Yuktes Vijay berkata, saya membaca dengan marah apabila membaca berita kemasukan bapa Saiful ke dalam PKR. Saya sudah tahu dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak mempunyai integriti tetapi berita terkini ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti parti itu.

Saya pernah bekerja dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terlibat dari A-Z dalam perbicaraan tersebut.

Apabila saya kata dari A-Z bermaksud dari mesyuarat dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen kes undang-undang untuk hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses. Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memujanya sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya ini.

Kenapa Anwar tidak memberi keterangan ?

Anwar sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil. Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh Datuk Yusoff (pendakwaraya) yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar, boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.

* Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;

* Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?;

* Keterangan video yang dihantar ke makmal-makmal Gandhi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;

* Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru;

* Pembantu Anwar terbaru, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?

Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak pendakwaan, maka, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi alasan bahawa beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya memperdaya, menipu dan membohongi rakyat dengan lagaknya seperti Mandela. Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bijak.

Dana untuk pakar-pakar luar negara

Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan yuran untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.

Dari manakah sumber kewangan untuk membayar penginapan tersebut ? Adakah Anwar yang membayar dengan duit poket beliau sendiri? Tidak, malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.

Sebenarnya, ada Datuk-Datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim. Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.

Masalahnya sekarang jika PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak dipersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar luar negara tersebut ? Sekiranya seorang bekas banduan dan ketua pembangkang ada Datuk-Datuk untuk membiayai kos guamannya, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM ?

Saiful

Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful. Apa yang saya boleh katakan di sini, dia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude Perreira mengabaikan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas mengikut cara beliau sendiri.

Kesan DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.

Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.

Oleh itu, hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.

Apa pun Anwar Ibrahim memang pandai main belakang dalam apa jua situasi sama politik dan perbicaraan dimahkamah dan kehidupan seharian lagilah penuh dengan stor kunyit. 

Kita tentang Anwar Ibrahim bukan sebab namanya Anwarporno, kita tentang Anwar Ibrahim sebab dia mengakui stor kunyit adalah sah disisi Islam, jadi tentangan kita adalah perjuangan yang suci demi Agama Bangsa dan Tanahair.

2 comments:

  1. Abu Hurairah melaporkan, Saya dengar Rasulullah S.A.W. menerangkan,
    "Sesiapa yang menuduh hambanya berzina, pada hari kiamat nanti hukuman hudud dijalankan kepadanya, kecuali orang yang dituduh itu memang bersalah seperti yang dikatakannya."
    (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

    Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis diatas, sekiranya anda 'benar-benar yakin tanpa sebarang keraguan' tentang pertuduhan zina terhadap seseorang,teruskanlah.Anda akan terlepas dari Hukuman Hudud di Padang Mahsyar kelak,kerana kebenaran dari pertuduhan anda.
    Namun,jika apa yang anda yakini adalah salah,maka bersiap sedialah untuk diadili dengan Hukuman Hudud yang menanti di akhirat kelak.
    Pendek kata,sekiranya yakin-teruskanlah usaha anda & jika sebaliknya....fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  2. Menurut Haji Hadi ketika pilihanraya Kecil di Parlimen permatang pauh katanya Nabi Muhammad pernah mengalami dua masalah berkenaan Zina yang dikemukakan oleh sahabatnya lalu Nabi Muhammad meminta supaya sipemberi maklumat supaya mendedahkan perkara yang sebenar supaya sahabat-sahabat lain tahu kedudukan yang sebenar. Begitu juga dengan calon PRK Parlimen Paermatang Pasir kita perlu dedahkan kepincangan yang telah dilakukan oleh calon kerana calon tersebut akan meminpin umat Islam. dengan kata-katanya maka umat Islam memilih Saleh Man sebagai Ahli Parlimen Permatang Pasir walaupun tiada kredibiliti......tak usah nak buka hadis yang lebih cenderong kepada mengajar umat Islam jadi peliwat.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.