Tuesday, April 9, 2013

3 pemimpin DAP Johor Keluar Parti



Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini. Mereka juga dijangka akan keluar daripada parti anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.

Norman ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas spekulasi itu.

''Tiada komen," katanya sebelum memutuskan talian.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada Cheng Hau juga gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar juga tidak dibalas.

Perkembangan terbaru itu mengesahkan tentang perbalahan antara DAP dan PKR yang dilihat semakin meruncing berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah yang akhirnya menjadi milik Kit Siang dan Jui Meng yang berhasrat menduduki kerusi itu hampa dan dikatakan 'merajuk'.

Kedua-dua parti itu juga dikatakan bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.

Semalam, Kit Siang menegaskan Parlimen Bakri dan Kulai kekal milik DAP selepas ada ura-ura mengatakan Jui Meng cuba bertanding di Bakri apabila hasratnya untuk menjadi calon di Gelang Patah tidak kesampaian.

1 comment:

  1. rakyat johor..Ayuh..semadikan kit siang di PRU 13 dengan aman..muga dia dapat menghabiskan sisa sisa usia tuanya tanpa fikir dunia ini lagi..
    muga dia rasa menyesal kerana telah sedikit sebanyak memporak porandakan tanah Melayu ini. dan sekarang dia berminat pula nak porak porandakan alam Johor yang terbilang dengan para pahlawan dan pendekarnya..
    Ayuh Kit Siang..maralah ke depan muga keris bertuah ini dapat ku hunus menikam hayat politikmu.,..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.