Friday, April 19, 2013

5000 Serbu Majlis Pelancaran LTCT di Station 18


Malam tadi bertempat station 18 satu majlis pecah tanah telah diadakan bagi membina kompleks ITCT yang menghimpunkan semua pengusaha dan peniaga produk IT(Infomation Technology) di bawah satu bumbung.

Dalam bangunan yang sama juga sejumlah 50 gerai bumiputera akan dibina kemudian akan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh(MBI) untuk disewakan kepada bumiputera.

YB Dato Hamidah ketika ucapannya berkata, jika dahulu kawasan Station 18 ini boleh dianggap sebagai 'pekan mati' kerana walaupun bangunan ada tetapi ramai peniaga tidak boleh berniaga kerana keadaan persekitaran yang agak muram.

"Tetapi apabila Tesco dan Aeon mula beroperasi maka semua bangunan habis dijual dan disewakan.

Inilah hasil kerja kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa komited dalam memikirkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Jika Barisan Nasional diberikan lagi mandat untuk memerintah banyak lagi kemajuan bakal didicapai dalam masa terdekat ini," kata YB Dato Hamidah ketika ditemui dalam majlis pecah tanah pembinaan kompleks ITCT di Station 18.

Dalam majlis yang sama juga beberapa jentera PRU13 BN Dun Sungai Rapat diraikan kerana menyambut harijadi.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.