Saturday, April 6, 2013

Anwar Akan Keluarkan Surat Palsu Sheikh Yusuf Qardawi Supaya Menyokongnya


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang,Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lainnya mengandungi kononnya surat sokongan Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu.

"Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya yang akan dilakukan.

"Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.