Wednesday, April 17, 2013

Anwar dan Stopa Ali Bakal Ketengahkan "Pelanduk Dua Serupa"


Anwar Ibrahim dan Stopa Ali digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Pas itu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin memberitahu, kedua-dua lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur yang sama gagal.

Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Kita difahamkan melalui maklumat dari dalam PKR bahawa Anwar telah berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua serupa' yang mirip wajahnya. Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand, cuma sedikit muda daripada mereka berdua. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan sama umur.

2. Kita juga difahamkan bahawa usaha ini mengambil masa yang lama sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa melakukan 'plastic surgery' untuk pastikan paras rupa mirip Anwar dan mirip Stopa Ali.

Dengar kata orang Thailand itu akan membuat pengakuan dalam bahasa Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua kegiatan liwat. Anwar dan Stopa Ali juga akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang Thailand tersebut.

3. Dipercayai pakatan rakyat sedang mencari 'pelanduk dua serupa' untuk menyelamatkan isu video seks Mustafa Ali. 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.