Wednesday, April 10, 2013

Bekas Pemimpin Pembangkang Yang Menyokong BN Dipertimbangkan sebagai calon PRU13



Bekas pemimpin pembangkang boleh bertanding atas lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih untuk bertanding, kata Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dia (bekas pemimpin pembangkang) akan guna lambang BN jika dipilih untuk bertanding mewakili parti," katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas dengan pimpinan tertinggi BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Najib berkata pencalonan mereka akan ditentukan jika terdapat ruang dan boleh diterima pengundi di kawasan tersebut.

"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, kita juga boleh memikirkan mereka untuk bertanding. Kita juga mengambilkira tenaga mereka yang membantu BN selama ini sehingga BN kembali diterima oleh rakyat.

"Tak semestinya masuk mana-mana parti tapi bertanding atas tiket BN," katanya.

Jelas Najib, bilangan tersebut agak kecil kerana tidak berlaku sebarang penambahan kerusi pada pilihan raya kali ini.

"Bilangan kerusi sama dengan Pilihan Raya Umum 2008...sebab itu kita kena buat penyesuaian," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.