Wednesday, April 17, 2013

Benarkah Calon BN DUN Manjoi Adalah Ahli PAS Yang Aktif?


PAS Perak tiba-tiba mendakwa bahawa calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli PAS yang aktif dan pernah berkempen untuk parti Islam itu pada pilihan raya umum sebelum ini.

Tetapi Mohamad Ziad yang juga menantu mantan Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali menafikan dirinya merupakan ahli PAS dan memberitahu beliau telah menyertai Umno pada 2002.

Memandangkan dirinya mempunyai latar belakang sekolah agama, Mohamad Ziad mempunyai ramai kawan termasuk dari PAS serta Umno dan beliau dilabelkan sebagai ahli Pas yang aktif.

"Ini tidak bermaksud jika saya menghadiri program yang dianjurkan PAS, saya adalah ahli parti Pas.

"PAS tidak boleh membuat tuduhan sewenang-wenangnya kerana saya tidak sedikitpun mahu menyertai Pas," katanya.

"Saya tidak pernah menyertai Pas iaitu parti yang paling munafik depan orang kampung mereka bercakap soal negara Islam dan hukum Hudud tetapi bila berhadapan dengan cina DAP mereka langsung tidak berani bercakap walaupun perkataan Islam, kata Ziad lagi.


Saya juga melihat sejak akhir-akhir ini pemimpin Pas berperangai jijik sanggup melakukan perbuatan jijik dan inikah perangai pemimpin parti yang dilabelkan oleh mereka sendiri sebagai parti Islam.

Saya mempunyai pengalaman pahit apabila disuruh mencium tangan pemimpin cina DAP seperti Ngeh Koo Ham semasa mengikut rakan saya ahli Pas di satu ceramah di sekitar Ipoh.

Dalam hati saya berniat suatu hari nanti saya pasti akan membinasakan parti yang paling munafik ini dan inilah masanya saya diberi peluang oleh Allah agar memusnahkan parti yang paling munafik dalam PRU13 nanti.

2 comments:

  1. BERCAKAP LAH DENGAN ILMU DAN KEWARASAN...UNDUR BN!!!

    ReplyDelete
  2. http://khazanahnasional.wordpress.com/2013/04/19/strategis-licik-pas-bolos-masuk-sebagai-calon-bn-di-dun-manjoi/

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.