Wednesday, April 10, 2013

Biseksual: Anwar dicabar nafi berusaha desak Pas keluar fatwa


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dicabar menafikan dakwaan terdapat usaha daripada pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam memujuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bendahari Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar berkata, dakwaan itu melibatkan usaha Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden parti serta Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin untuk mempengaruhi Nik Abdul Aziz dan pemimpin Pas lain menyokong fatwa tersebut yang dijangka dikeluarkan tiga hari selepas penamaan calon.

Berikut ialah kenyataan penuh Nik Khairul:

1. Kita minta Anwar beri penjelasan sama ada betul beliau ada menyuruh Wan Azizah dan Nurul Izzah meminta Nik Abdul Aziz, Datuk Haron Din dan Datuk Harun Taib mengeluarkan fatwa bahawa Islam membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri.

2. Kita juga ingin minta pengesahan daripada Wan Azizah sama ada betul R.Sivarasa dan Tian Chua sedang berusaha untuk mendapatkan Yusof Qardawi mengeluarkan fatwa bahawa Islam membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri.

3. Fatwa ini akan dicetak dan diedar tiga hari selepas penamaan calon. Ini merupakan strategi terakhir pakatan pembangkang supaya orang Melayu beragama Islam akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon biseksual daripada PKR. Kita dapat tahu bahawa PKR akan menamakan beberapa tokoh-tokoh biseksual untuk bertanding pada PRU Ke-13. Jika semua calon ini menang, maka Parlimen Malaysia bakal akan ada satu akuarium ikan yang terbesar di Asia Tenggara.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.