Monday, April 29, 2013

BN Sudah Berjaya Menawan Pasabina


Barisan Nasional sudah berjaya menawan Pasabina di Station 18. Pentadbiran Pasabina telah bersetuju sama-sama membantu calon BN N43 Dun Sungai Rapat Dato Hamidah berkempen.

Mereka tahu hanya Barisan Nasional sahajalah yang mampu melonjak ekonomi ke tahap lebih baik. Jika dahulu kita lihat kawasan Station 18 merupakan pekan koboi berhantu tidak ada sesiapa pun berani untuk membeli hartanah di kawasan ini kerana banyak hartanah yang terbiar kosong.

Dengan kebijaksanaan Dato Hamidah dalam masa 5 tahun yang lalu beliau merancang membawa Tesco, Aeon dan banyak lagi kedai hypermarket.

Ini mampu melahirkan 5,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan sehingga dapat meninggikan taraf sosio-ekonomi rakyat setempat.

Jadi untuk kesinambungan pembangunan, rakyat sewajarnya membeli peluang kepada calon yang terkenal dengan rajin bekerjanya iaitu Dato Hamidah Osman untuk teruskan berjuang demi rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.