Thursday, April 18, 2013

Calon BN N43 Dun Sungai Rapat Turun Padang Pasang Bendera BN Bersama Anak Muda


Calon BN N43 Dun Sungai Rapat yang sentiasa mesra rakyat turun padang malam tadi untuk memasang bendera Barisan Nasional bersama anak-anak muda.

Mereka kelihatan begitu bersemangat sehingga tidak sedar hampir jam 2 pagi baru selesai kerja-kerja pemasangan bendera tersebut.

Kriteria calon sebeginilah yang diperlukan oleh rakyat kerana rakyat kini semakin pandai menilai prestasi calon yang mereka akan sokong pada PRU13 nanti.

Antaranya adalah rajin turun padang, mesra dengan rakyat, tidak terlalu protokol bila bersama rakyat dan tidak sombong dengan rakyat.

Bagaimana rakyat hendak mengundi jika sekali pun tidak pernah turun padang seperti calon yang diketengahkan oleh Pas. Ada orang kampung yang masih tidak mengenali calon Pas Dun Sungai Rapat.

Begitu juga calon Parlimen Gopeng yang diketengahkan oleh pakatan haram iaitu Lee Boon Chye. Dia menjadikan ahli parlimen sebagai mengumpul kekayaan sedangkan rakyat yang perlukan perkhidmatannya langsung tidak dipedulikannya.

Selama 5 tahun Lee Bon Chye menjadi ahli Parlimen yang mempunyai elaun sejumlah RM12,000.00 apa yang yang buat pada rakyat yang mengundinya. Muka pun tak nampak malah Lee boleh melakukan kerjanya sebagai pakara bedah tanpa mempedulikan rintihan rakyat dalam Parlimen Gopeng.

Adakah rakyat Gopeng mahu mengulangi kesilapan kali kedua memilih Lee sebagai ahli Parlimen?

4 comments:

  1. Ada grease, machinary pasti lancar. Tapi kalau grease datang bermusim, tak payah la nak canang sangat. Nak tuduh rakyat tak kenal lawan memang mudah, tapi deme sendiri percaya ke tuduhan deme tu? Jgn syok sendiri je Yeop.

    ReplyDelete
  2. YE LA TU..baru. dah dekat pilihanraya baru turun. tanya kroni kroni dia..

    ReplyDelete
  3. Ada ker orang kenal dengan calon Pas Dun Sungai Rapat, Ada ker orang kenal calon PKR parlimen gopeng walaupun punya duit yang banyak tetapi suruh penyokong Pas berjihad pasang bendera

    ReplyDelete
  4. hello bro...kalau bertanding bendera parti mana yang paling banyak terpacak, kita sudah menang besar di sg rapat ni. tapi sekarang 2013, methodology calon turun padang pasang bendera sesuai pada zaman kapal layar dulu. ingattt pengundi dah bertambah dari 28000+ menjadi 41000+, kenalpasti pengundi2 baru tsb dan pikat hati mereka untuk mengundi kita.. takkan nak berasa selesa sebab media eletronik dan cetak hari2 kempen untuk kita jer. pembangkang berdakyah kepada rakyat pemimpin kita kaya raya, menjadikan jawatan YB sbg platform untuk mengumpul kekayaan. kita pulak seronok sebab bendera kita paling banyak berkibar, bilik gerakan kita merata ceruk ada... sekali calun turun padang, escort beratus biji motor. ini mengesahkan persepsi rakyat bahawa parti kita jaguh wang ringgit. sepatutnya gerak kerja penerangan parti dah patut turun rumah ke rumah untuk berkempen kesetiap pelusuk ceruk. edarkan flyers menerangkan segala hasil usaha yang telah kita lakukan pada penggal lepas di sg rapat, yakinkan mereka dengan janji2 kita pada pengundi sg rapat seandainya menang. hasilnya rakyat akan melihat keramahan, kemesraan, keprihatinan kita dalam menyantuni segala permasalahan mereka dan ini membulatkan tekad mereka untuk mengundi BN. kesungguhan sebegini yang perlu ditonjolkan bukannya bersengkang mata pasang bendera.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.