Monday, April 29, 2013

Pakatan Haram Mula Buat 'Reverse Psychology' Untuk Mengekalkan Moral Penyokongnya



Pakatan Haram mula mencanang bahawa dia akan menang besar pada PRU13 nanti dengan majoriti yang cukup besar. Dalam ceramahnya di di Desa Pinji di hadapan lebih 10 pengundi India Radzi Zainon yang juga calon Pas Sungai Rapat memberitahu bahawa dia akan menang besar dalam PRU13 nanti.

Pengumumannya itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh 10 pengundi India yang hadir.

Entah Tok Dukun mana yang Radzi pakai sehingga tahu dia akan menang sedangkan sambutan begitu dingin terhadap semua programnya.

Ini merupakan satu 'Reverse Psychology' yang dibuat oleh puak-puak Pas dikala penyokongnya yang sudah kehilangan arah, kehilangan moral dan kehilangan segala-galanya apabila calonnya yang begitu malas turun berkempen, malas turun padang dan malas berjumpa pengundi.

Satu berita yang baru diterima Pakatan Haram menghantar SMS kepada seluruh penyokongnya bahawa mereka sudah berjaya menawan Putrajaya dan kini menunggu untuk masuk ke Putrajaya. Mereka juga mendakwa penyokong BN kini sudah lari meninggalkan Malaysia.

Mereka juga mengancam akan bunuh penyokon-penyokong Umno jika pakatan haram kalah dalam PRU13 nanti.



Sementara itu di Batu Gajah seorang penyokong tegar Pas telah mengoyak banner yang dipasang oleh penyokong BN dan dikenalpasti orang ini bekerja dengan kedai Farmasi Batu Gajah. Tinjauan di kawasan Farmasi Batu Gajah pada pintu hadapannya penuh dengan poster ceramah manakala sebelah dalam begitu kotor dan tidak layak untuk dijadikan sebagai Farmasi.

1 comment:

  1. Pemimpin pembangkang cakap je pandai bila diberi amanah hilang arah.ingat senang ke jadi pemimpin.kalau nak kerja takde org kacau malam nak lebih masa ngn keluarga jgn jadi pemimpin.buat nyusah org je.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.