Monday, April 15, 2013

Calon Yang DiKetengahkan Oleh DS Najib Merupakan Calon Terbaik Dalam Sejarah - Video



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) kali ini adalah yang terbaik pernah dibariskan dengan mengambil kira aspirasi rakyat mahu melihat perubahan bukan mendengar pilihan pembangkang.

Tapisan demi tapisan dibuat sehingga mendapat calon yangbenar-benar bersih untuk mewakili Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini yang menampilkan ramai muka baharu dinamakan sebagai Pasukan Transformasi BN.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, senarai calon itu dipilih dengan mengambil kira hasrat untuk menubuhkan kerajaan kuat dan mampu memenuhi jangkaan rakyat pada masa depan, sekali gus merealisasikan manifesto BN.

Sementara itu Perdana Menteri turut mengulangi gesaan kepada pemimpin-pemimpin BN yang tidak terpilih agar terus memberi sokongan bagi memastikan kemenangan besar parti.

Katanya, pemimpin-pemimpin yang tidak terpilih itu bukan bermaksud mereka tidak menyumbang tetapi ia merupakan satu perubahan sebagaimana dikehendaki rakyat yang mahukan banyak muka baharu ditampilkan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah dan aku janji di Menara Datuk Onn di sini hari ini

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.