Saturday, April 6, 2013

Ceramah Serikandi Wanita UMNO Terus Mendapat Sambutan



Ceramah Pentas Serikandi terus mendapat sambutan dan kali ini dibuat di Parlimen Jeli iaitu bertempat Hentian Rehat Jeli. Ceramah dimulakan dengan Datuk Seri Mustaffa Muhammad membakar semnagat dengan slogan "Tukar" lalu disambut penuh gemuruh oleh penonton yang hadir.


Walaupun hujan turun agak lebat namun penonton rata-rata yang memenuhi R&R Jeli tidak berganjak mahu mendengar isu tanah yang bakal didedahkan oleh YB Dato Hamidah Osman selaku Ketua Penerangan.

Sebaik sahaja YB Dato Hamidah mengambil tempat di tempat ceramah, suasana terus gamat kedengaran tepukan untuk memberi sokongan kepada YB Dato Hamidah yang selama ini membongkarkan isu tanah dimana Kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan Pas telah menganugerahkan tanah sejumlah 10,526 ekar kepada syarikat milik Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming iaitu pempin cina DAP Perak atas tukaran jawatan menteri besar Perak 11 bulan kepada Pas.

Sepanjang persembahan YB Dato Hamidah penonton terus tidak berganjak dan YB Dato Hamidah bukan sahaja menceritakan dalam isu tanah malah isu penipuan Pas untuk melaksanakan negara Islam dan Hukum Hudud.

Pelbagai video telah ditayang bagi menguatkan bukti bahawa apa yang telah dinyatakan oleh YB Dato Hamidah Osman adalah benar.

Apa yang pastinya rakyat Kelantan kini sudah bangkit dan bersedia untuk mengambilalih pemerintahan negeri Kelantan daripada Pas.

Pas sanggup menipu hanya untuk mengekalkan pemerintahan mereka di negeri Kelantan dan bukan sahaja menggadaikan Agama tetapi menggadaikan tanah rakyat Kelantan kepada cina DAP demi untuk memperkuatkan rejim mereka bersama cina DAP.

2 comments:

  1. Tahniah pentas Serikandi kerana mewujudkan suasana lain dari yang lain

    ReplyDelete
  2. Persembahan....??? Kekekeke...... Kak Midah dah kena reject daaa.... Terimaksih Zura adik beradik. Sokong yang membawa rebah. Mangkuk!!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.