Saturday, April 20, 2013

Dato Hamidah Bakal Menang Besar, Sedangkan Pembangkang Semakin Serabut




Dato Hamidah dijangka mempu memenangi kemenangan dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding tahun 2008 apabila hampir keseluruhan masyarakat dalam Dun Sungai Rapat mengenalinya.

Semasa proses penamaan calon pagi tadi penyokong Dato Hamidah telah mendominasikan keseluruhan penyokong yang hadir termasuk penyokong Pas.

Dalam keadaan pembangkang yang semakin serabut tidak ceria kerana ramai penyokong Pas tidak bersetuju calon Pas Radhi Zainon yang mencalonkan dirinya sendiri. Calon Pas N43 Dun Sungai Rapat adalah orang Kedah dan tinggal pula di Simpang Pulai sedangkan penyokong Pas mahukan Dr Husni anak tempatan yang tinggal di Kg Pengkalan Pegoh bertanding.

Kelihatan sebentar tadi tiada satu pun poster calon Pas N43 Dun Sungai Rapat dipegang oleh penyokong Pas sedangkan mereka hanya memegang calon PKR Parlimen Gopeng, Dun Teja dan Dun Simpang Pulai.


2 comments:

  1. Maaf ye,sy dan ahli2 pas sungai rapat ad di penamaan calon di matrikulasi gopeng,tiada seorang ahli pun yg tk bersetuju ustaz radzi menjadi calon..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.