Tuesday, April 23, 2013

Dato Hamidah Buat Laporan Polis Terhadap Lee Boon Chye Kerana berniat Jahat untuk menjatuhkannya


Satu laporan polis telah dibuat keatas Lee Boon Chye kerana berniat jahat untuk membuat provokasi berdekatan dengan bilik gerakan BN Dun Sungai Rapat.

Bukan itu sahaja Lee Boon Chye berniat jahat menuduh Dato Hamidah mencekik lehernya. Bagaimana pula seorang perempuan boleh mencekik leher lelaki.

Dato Hamidah memberitahu media bahawa pembangkang di Sungai Rapat sudah ketandusan isu kerana sokongan rakyat kepda mereka sudah berkurangan, maka mereka cuba merekacipta isu bagi menagih simpati rakyat untuk menyokong mereka.

Pembangkang juga sengaja memasang banner yang berdekatan denag bilik gerakan utama BN Dun Sungai Rapat sedangkan di pihak BN tidak pernah membuat sebarang provokasi berhampiran bilik gerakan pembangkang.

Bukan itu sahaja beberapa banner provokasi kenyataan beberapa pemimpin pembangkang turut di letak dimerata-rata tempat di kawasan Dun Sungai Rapat.

Ini menunjukkan mereka sengaja mengujudkan ketegangan yang boleh berlakunya pergaduhan sesama penyokong.

Dalam masa yang sama juga ada diantara penyokong pembangkang menyamar sebagai polis dari cawangan khas demi untuk mengujudkan ketegangan.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab menyiasat dengan terperinci penyamaran yang dilakukan oleh penyokong pembangkang dan provokasi yang dilakukan oleh Lee Bon Chye.

Sementara itu seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

Pembangkang memang ganas dan kejam sanggup membunuh sesama Melayu dan rakyat wajar menghukum dengan tidak mengundi mereka sebagai hukuman yang layak untuk mereka.

2 comments:

  1. jahatnya doktor ..........menakutkan........politik telah mengubah manusia jadi hilang pertimbangan akal.Datuk Najib tolong selamatkan Tanah Melayu ini.Seandainya A.Tun Abd.Razak masih ada.................

    ReplyDelete
  2. ..Kita perlukan lebih ramai lagi pemimpin yang mampu meneruskan legasi pimpinan seperti Tu Razak,Tun Dr Ismail & Tun Mahathir

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.