Sunday, April 21, 2013

Dato Hamidah Meneruskan Kempennya Di Pasar Batu Gajah


Pagi ini Dato Hamidah calon Barisan Nasional N43 Dun Sungai Rapat meneruskan kempennya yang kedua selepas proses penamaan calon. Lokasinya adalah di Pasar Pagi Batu Gajah.  

Menurut Dato Hamidah Osman setakat ini penerimaan orang ramai cukup baik dan gelombang sokongan sudah berpihak kepada Barisan Nasional.

Walaubagaimana pun usaha tetap akan dilaksanakan untuk mendekati pengundi.

Apabila ditanya apa perancangan Dato Hamidah selepas memenangi pilihanraya ini?

" Setakat ini saya sudah berjaya menjadikan setinggan sifar terutamanya di kawasan Ara Payung, Kampung Teluk Pedang, Kampung Pasir, Kampung Kamariah dan perancangan saya seterusnya adalah akan cuba sedaya upaya untuk membasmikan kemiskinan dikalangan penduduk kampung dengan melibatkan diri mereka dalam bidang keusahawanan", kata Dato Hamidah lagi

Sebaik sahaja selesai menemui pengundi di Pasar Batu Gajah Dato Hamidah bersarapan pagi di kedai kopi di Kampung Ara Payung







0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.