Saturday, April 27, 2013

Dato Hamidah Optimis BN akan Menang disemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng


Dengan kekerapan calon Barisan Nasional berkempen dan penerimaan rakyat membawa petanda bahawa kesemua calon dalam Parlimen Gopeng akan menang dengan majoriti yang lebih banyak.

"Sejak selepas penamaan calon, calon dari Barisan Nasional tidak pernah berhenti berkempen dan menemui pengundi walaupun hari cuti, dalam kempen saya mendapati penerimaan rakyat terhadap calaon-calon BN amat meningkat sekali berbanding tahun 2008", kata Dato Hamidah.

"Selain daripada itu faktor ketekunan dan rajin turun padang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga faktor keperihatinan yang telah ditunjukkan kepada rakyat berpendapatan rendah menguatkan lagi sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.