Tuesday, April 9, 2013

Dato' Seri Mohd Najib tiba di Batu Gajah rasmi Majlis Pecah Tanah Projek KTMB


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Membangunkan Kilang Kemudahan Membina Keretapi dan Lokomatif. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kilang membina kemudahan kereta api dan lokomatif di sini dijangka siap dalam tempoh setahun dan menawarkan kira-kira 800 peluang pekerjaan terutama dalam bidang teknologi tinggi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Membangunkan Kilang Kemudahan Membina Keretapi dan Lokomatif di sini, sebentar tadi.

Najib kemudian melakukan upacara pecah tanah projek menggunakan jengkaut.






1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.