Friday, April 5, 2013

Fatwa Nik Aziz Menjelang pilihanraya dianggap sesat


Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa yang sentiasa bersama kafir harbi.

Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqorah ayat 141 dan surah Al- Imran yang jelas bahawa setiap perbuatan hamba itu hanya boleh ditentukan Allah.

Jesteru itu, katanya, Nik Abdul Aziz tidak sama sekali boleh menjatuhkan hukum dengan mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

"Atas alasan apa Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya UMNO telah menolak

Islam. Jadi dalam kategori manakah yang dimadsudkan Nik Aziz itu?

"Kalau kita lihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.

"Jadi pada dasarnya, sebagai seorang yang dianggap ilmuan dan tok guru oleh rakyat Kelantan, kita melihat di saat pilihan raya ini beliau (Nik Aziz) telah mengunakan satu kaedah bagi menghalalkan apa cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

"Dan, selepas ini pasti akan banyak lagi akan keluar bukan hanya setakat sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh di sini malam tadi.

Kira-kira 5,000 orang menghadiri ceramah berkenaan yang turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Semalam, semasa menyampaikan ceramah di Padang Jambu di sini Nik Aziz telah mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Pada 17 November tahun lalu, pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Tambah, Rujhan, fatwa yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz itu lebih kepada fatwa politik beliau dan dalam masa sama ianya telah mengoncangkan akidah umat Islam.

Katanya, apabila berlaku perpecahan, ianya tidak pernah dipertahankan oleh Pas, malah Pas boleh melihat sahaja ia berlaku kerana ingin menjaga hubungan dengan DAP dengan maklamat menawan Putrajaya.

"Yang rugi kita sesama Islam, kerana Islam secara jelas tetap bersaudara, tetapi hari ini Nik Abdul Aziz boleh tinggalkan saudara sesama Islam dan menerima DAP yang jelas telah menentang Islam secara muklak," katanya

2 comments:

  1. Bendera Pkr Mata Satu bendera Dajjal. Alquran dan Nabi telah peringatkan.Tolak Pkr parti Dajjal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillah.

      Bendera Pkr Mata Satu bendera Dajjal. Alquran dan Nabi telah peringatkan.Tolak Pkr parti Dajjal..

      Delete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.