Saturday, April 27, 2013

Fitnah: Jawi Buat Laporan Polis Terhadap Husam Cadang Saman RM100juta



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan terhadap Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang didakwa membuat kenyataan memfitnah jabatan itu menerusi laman sosial.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata Husam dalam kenyataan menerusi Facebook 125 Putrajaya antara lain mendakwa Jawi bertindak memecat serta-merta anggota jawatankuasa (AJK) surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, selepas AJK surau berkenaan membenarkan beliau berta'aruf dengan makmum surau, selepas solat Isyak pada 20 Apri1 lalu.

Bercakap pada sidang media di pejabat Jawi di sini, Che Mat Ali mengakui pihaknya ada memanggil AJK Surau berkenaan, namun menafikan dakwaan kononnya Jawi mengambil tindakan memecat AJK terbabit.

"Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan pegawai Jawi untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Husam, di samping mengambil tindakan saman terhadap Naib Presiden PAS itu," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua surau perlu mematuhi arahan pekeliling Masjid/Surau 2011, yang jelas memaklumkan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.

Che Mat berkata dalam perjumpaan beliau dengan AJK surau itu pada 24 April lalu, mereka hanya dinasihat, ditegur dan diingatkan mengenai peraturan berkenaan, sambil menambah ia penting dalam menjaga kesucian masjid dan surau.

Beliau berkata kehadiran Husam di surau berkenaan bukan atas jemputan sesiapa dan AJK surau itu juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Husam.

Menurutnya berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau dikenali sebagai Akta 505, sebagai setiausaha MAIWP, beliau diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk memelihara kesucian rumah Allah.

Katanya mengikut Seksyen 97 Akta berkenaan, individu yang didapati mengajar perkara berkaitan agama Islam tanpa tauliah di mana-mana masjid, boleh didakwa dan jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun.

"Saya rayu semua yang cuba guna masjid atau surau di Wilayah Persekutuan ini, supaya tidak sewenang-wenangnya langgar akta ini demi menjaga keharmonian," katanya menambah sejak Dewan Rakyat dibubarkan, terdapat pihak yang cuba membawa agenda politik mereka ke dalam masjid

4 comments:

  1. che mat ooi.... masjid/urau pun kau nak ber akta2.... dah le AUKU, OSA, SOSMA, dll...... orang ramai nak beribadat & bersilaturahim pun kau ni asyaik nak ugut/ tunjuk kuasa dengan pelbagai akta bikinan UMNO tu ke?

    sempit betul mentaliti pegawaia2 JAWI yg menyembah UMNO nih!

    sepatutnya kau bimbing rakyat supaya imarahkan masjid dari kau UGUT AJK masjid/ surau tu!

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH RAKYAT KELATE YG MEMILIH PAS UNTUK JADI PEMIMPIN. KENYATAANNYA ORE KELATE TELAH MENUNJAKKAN MEREKA DALAM PROSES PILAHANRAYA SECARA ADIL JADI ANDA TERIMALAH NASIB ANDA SEPATUTNYA. JGN SALAHKAN ORE LAIN DGN KEBODOHAN ANDA SENDIRI. UNTUK RAKYAT KELATE YG BERADA DILUAR DIPUJI DGN PEMERINTAHAN PAS. ANDA JGN BANGGA SANGAT ADA MAKSUD YG TERSIRAT DIDALAM SETIAP PUJIAN YG DIBERIKAN JGN TERLALU BANGGA DGN TOKGURU ANDA KERANA TIADA MANFAAT YG ANDA TERIMA DGN PUJIAN KEPADA TOK GURU ANDA ITU. TOKGURU ANDA TETAP MENGATAKAN ORE YG BODOH MEMILIHNYA TETAPI YG SEBENARNYA ORE YG BODOH MENGANGKAT ORE BODOH DIJADIKAN PEMIMPIN JD JGN SALAHKAN ORE LAIN. WALAUBAGAIMANAPUN TAHNIAH KEPADA ORG KELATE YG DIPINGGIRKAN OLEH PEMIMPIN ANDA SETELAH ANDA MENGUNDINYA. TAHNIAH KEPADA RAKYAT KELATE. TAPI SAYA SEDIH DGN CARA TOKGURU MELAYAN RAKYAT KELATE SETELAH DIBERI KUASA. TERNYATA SIKAPNYA BERBEZA SEBELUM DIBERI KUASA. LG SATU MALAYSIA DIIKTIRAF SEBAGAI NEGARA ISLAM BUKAN SEBAB NEGERI KELATE TETAPI SELURUH MALAYSIA JGN SEMPITKAN FIRKIRAN ANDA MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM SEBAB KERAJAAN KELATE UTK MOMOKAN ORE YG GILAKAN KUASA DGN CARA MENIPU NAMANYA. WALAUBAGAIMANA TAHNIAH ORE KELATE ANDA BERHAK TERIMA APA YG ANDA HARAPKAN. TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH. PESANAN UNTUK ORE KELATE, MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA ISLAM OLEH DUNIA TETAPI BAGI SAYA AMAT MEMALUKAN SEBAB KELATE BUKAN NEGERI CONTOH ISLAM TERBAIK JIKA DIBANDINGKAN DGN NEGERI-NEGERI LAIN YG LEBIH ISLAM JIKA HENDAK DIBANDINGKANNYA. JIKA ANDA MAKSUD ISLAM YG DIBANGGAKAN RAKYAT KELATE, MALAYSIA BAKAL TERGADAI NEGARA ISLAMNYA KERANA POLITIK SEMPIT ORE PAS.

    ReplyDelete
  3. Ore Pas nak buat Putra jaya macam negeri Bapak depa punya ! buleh ikut suka! asal sorang je jadi pegawai kerajaan...abis di angkut nya suku sakat, kaum kerabat kenalan tinggal bersama....sudah lah tu ore Kelate gedebe Pengotor lak tu !!!

    !~ PENGHUNI PERSINT 9 ~~

    ReplyDelete
  4. Saman jangan tak saman, jikalau orang yang tak berpihak kepada dia yang membongkar kelemahan dia bukan main cepat cepat nak saman. Dan beliau memang pun husan saman jadi tahniah JAWI saman dia biar paroook.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.