Thursday, April 25, 2013

Hudud: Pas Boleh Kelentong apa saja Tetapi Mereka sudah berjanji tidak akan melaksanakannya - Karpal Singh


Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau dan DAP tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.

Katanya, sebelum ini Pas sudah berjanji tidak akan melaksanakan negara Islam dan Hudud bersama pemimpin pakatan rakyat sehingga tidak dimasukkan ke dalam manifesto PR, tetapi kenapa mereka kini memainkan isu hudud ini sekali lagi, kata Karpal Singh.

Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

“Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.

“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.
Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan ‘perbalahan’ dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan kerana sebelum ini telah diperbincangkan sebelum manifesto PR dibuat.

2 comments:

  1. Laman AIDC Disekat

    Sebagai gantinya, AIDC beroperasi di laman sementara, http://2aidc.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Edisi memebodohkan pecacai pas yang memang dah bodo dari harun din yang tak serik2 dengan bala dari Allah terhadap dirinya.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.