Saturday, April 13, 2013

Isu Video Seks Stopa Ali: Hadi Akan Lakukan Sembahyang Hajat Khas Sendirian


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat khas secara sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.


Beliau akan memohon kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada pemfitnah atau kepada Stopa Ali jika beliau benar-benar melakukannya.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

Sebelum ini semasa PRK Permatang Pasir pada tahun 2010 Haji Hadi pernah meminta jentera Pas agar mendedahkan aib calon Barisan Nasional supaya rakyat mengetahui keadaan sebenar pemimpin yang mereka akan undi.

Kini bila kena pada batang hidung sendiri lagu Haji Hadi berbunyi lain pula dan fatwa sesatnya pun sudah berbunyi lain.

5 comments:

  1. Sudah sudah hj. kolop....banyak sngat menipu...kena batang hidung sendiri tak mengaku, menyalahakan orang lain..islam apa.....pegi da...

    ReplyDelete
  2. Para pemimpin Pas ni ingat mereka maksum dan suci drp melakukan kemungkaran jadi walau terang-terangan ada yg terkantoi maka akan dikatakan fitnah oleh musuh politik. Tak terlintas langsung dlm fikiran jumud mereka tu yg manusia ini serba kekurangan.. nafsu tak mengenal usia dan kedudukan.. hata pak lebai Pas sekalipun akan tewas olehnya!
    Bertaubatlah wahai Musapa.. mengaku je lah dan berundur dari politik! Para pecacai Pas ayuh pakat ramai2 keluar dari parti yg dah nak karam yg penuh kemungkaran ni!

    ReplyDelete
  3. Salam. Megapa nak sembahyang hajat khas berseorangan. Belum tentu dia buat nya. Sebagai membuktikan ianya Palsu atau Fitnah maka eloklah PAS diketuai oleh HADI di Terengganu dan N.Ajis diKelantan dan Zizan diKedah buat lah sembahyang hajat secara beramai ramai di Stadium atau Markaz PAD minta ALLAH JAHANAMKAN STOPA atau Orang Yang mereka reka Kejadian ini. Saya cabar Tok2 Ini.

    ReplyDelete
  4. cakap semua pasal islang..Tadika PASTI dok ajar anak supaya membesar dengan idea orang UMNO tak islang dan tak solat..Mengkapirkan yang Islang..Islang ajar gitu kooooo

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang manusia hanya bertopeng.... susah skrg mahu percaya PAS.. dgn kes anwar ibrahim lagi.. semua ahli PAS berlainan perjuangan... apa yang sy lihat hanya mahukan pangkat semata-mata.. sampai ISLAM pun mereka sanggup gadaikan..sy sbg pengundi atas pagar makin yakin dgn BN dan makin pudar keyakinan dgn PAS hanya berkata di mulut ttg perjuangan ISLAM...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.