Thursday, April 18, 2013

Isu Video Seks Stopa Ali: Jangan Hanya Menuduh Orang Lain Fitnah Sedangkan diri Sendiri Tidak Mahu Buat Laporan Polis


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus digesa membuat laporan polis bagi menafikan pelaku dalam sebuah klip video seks yang tersebar baru-baru ini bukan dirinya.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, tindakan berkenaan perlu dibuat segera bagi memberi keadilan kepada Mustafa dan seluruh ahli Pas yang terpalit dengan kejadian mengaibkan itu.

Mohd. Riza juga sependapat dengan Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Mutalib Embong yang menasihatkan Mustafa supaya melaporkan perkara tersebut kepada polis bagi membersihkan namanya jika benar beliau bukan watak dalam video tersebut.

"Tindakan pimpinan tertinggi Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan menyiasat kes ini dan menafikan terus bahawa pelaku itu bukan Mustafa tanpa menilai atau menyiasat terlebih dahulu adalah tidak wajar," katanya lagi

Mohd. Riza berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Mutalib yang menasihatkan pemimpin kanan Pas itu untuk melaporkan kepada polis berhubung penyebaran klip video seks yang didakwa telah menjatuhkan maruah pemimpin tersebut.

Menurut beliau, sekiranya polis mengesahkan bahawa pelaku dalam klip video tersebut adalah Mustafa, maka Lajnah Tatatertib Pas harus mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, ketegasan Pas mahu melaksanakan hukum hudud wajar dipraktikkan oleh pucuk pimpinan parti itu sendiri dengan melaporkan pelaku kepada pihak berkuasa agama negeri kerana terdapat unsur-unsur penzinaan dalam isu ini.

"Saya menyeru kepada pimpinan Pas yang selama ini bercakap dan memperjuangkan keadilan Islam agar dapat mengambil tindakan tegas terhadap isu ini.

"Kita mahu melihat Pas mengambil tindakan dengan teliti dan adil serta tegas berpaksikan Maqasid Syarie dan bukan hendak mencari jalan lain dengan menyalahkan orang lain terhadap penyebaran video ini dan mengalihkan fokus terhadap isu- isu lain," tegas beliau lagi.

Mohd. Riza juga berkata, apa yang lebih malang lagi kepemimpinan Pas sedang berusaha untuk menutup isu ini dan mencipta pelbagai alasan untuk menyalahkan orang lain sedangkan dosa yang paling besar dalam isu ini ialah dosa berzina.

Sehubungan itu, beliau menggesa Pas agar menyelesaikan isu dengan menerusi kaedah Islam yang sebenar serta jangan dengan menuduh dan memburukkan orang lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130418/po_02/Aktivis-Pas-gesa-Mustafa-buat-laporan#ixzz2QlmALNQT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6 comments:

  1. mengaku minta ampun pd allah- habis didunia ada helah diakhir hayat terlihat NERAKA-SHURGA

    ReplyDelete
  2. Berani kerana benar..kalau tak buat tak payah nak takut..kecuali perkara ni benar2 berlaku..

    ReplyDelete
  3. Hj Hadi dan parti PAS kena buat siasatan dan panggil stopa untuk mengaku bersalah atau tidak sekiranya stopa tidak buat laporan polis. Nampak Hj Hadi tak layak jadi PM kalau tiada tindakan. Adakah boleh dijamin sekiranya hudud diberikan kuasa kepada Hj Hadi dwn terkena kepada orang kuat dia adakah dia.akan berlaku adil dengan mengadili orang tersebut atau pilih bulu juga. Dalam.kes stopa jelas HJ Hadi pilih bulu stopa.

    ReplyDelete
  4. Kalau Hadi sanggup bergelumang dgn Kafir DAP, apa masalahnya dia nak melihat pemimpin PAS yang bergulumang dgn dosa ZINA?

    ReplyDelete
  5. Sebabnya hanya dua..1. Mustafa ali 2. Parti pas

    ReplyDelete
  6. pilihanraya adalah medan parti2 politik untuk membentangkan ajenda, manifesto dan polisi masing-masing untuk rakyat membuat pilihan. bukannya parti mana yang banyak memiliki video sex pihak lawan. mungkin nawaitu kita amal makruf nahi munkar untuk mendedahkan kepada rakyat kelaku buruk pimpinan pr, tetapi adakah niat suci kita sebegini sunnah rasulullah. tiada dalam sirah, rasulullah menceritakan keburukan moral abu lahab, abu jahal sebagai strategi dakwahnya. kalau pr guna isu sex jangan kita pun sama mengikut rentak mereka. kita telah 55tahun menjadi pemerintah sepatutnya tidak kekeringan isu yang lebih bermaruah untuk didendangkan kepada rakyat agar mereka terus mengundi BN. perincikan kepada rakyat manifesto kita, peringatkan kepada rakyat usaha-usaha pembangunan yang terdahulu, perdengarkan kepada rakyat wawasan kita. tunjukkan cara berpolitik kita lebih bermaruah daripada puak sebelah sana. tetapi menonton dan mewar-warkan video lucah pimpinan pr hanya mengesahkan tahap intelektual kita sama dengan mereka. dan berlebih2an menggunakan isu ini mudaratnya akan memberi kesan 'backfire' kerana budaya kita bukan porno, tapi agama, bangsa dan negara. ingatlah muslim yang beriman dengan hari pembalasan segala perbuatan kita didunia akan disaksikan kembali diakhirat pada ketika mulut kita tidak mampu untuk berkata2 dan tiada siapa yang dapat membantu atas segala pertanggungjawaban kita melainkan diri sendiri.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.