Tuesday, April 9, 2013

Jentera Pilihanraya Dun Sungai Rapat Antara Penceria Lawatan Dato Seri Najib Ke Batu Gajah


Jentera Pilihanraya N43 DUN Sungai Rapat merupakan satu komposisi terbesar yang memenuhi khemah lawatan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak ke Batu Gajah sebentar tadi.



Sebaik sahaja YAB Dato Seri Mohd Najib tiba beliau disambut denga nyanyian 'Inilah Barisan Kita' oleh lebih 200 skuad Briged Aman Dun Sungai Rapat yang memakai baju BN.




Kemudian YAB Dato Seri Mohd Najib disambut dengan 'banner' tertulis 'Sungai Rapat N43 We Love BN' yang dibawa oleh hampir 300 jentera pilihanraya N43 wanita.

Sebelum itu sepanjang jalan ke program tersebut telah dipasang ribuan bendera Barisan Nasional.


YB Dato Hamidah juga telah berjaya 'membirukan' dengan bendera Barisan Nasional di sepanjang jalan ke KTM keretapi dimana majlis merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Membangunkan Kilang Kemudahan Membina Keretapi dan Lokomatif berlangsung.  


Apa pun syabas jentera pilihanraya N43 Dun Sungai Rapat kerana telah berjaya menyelamatkan program dengan memenuhkan kerusi-kerusi kosong dalam majlis tersebut.



0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.