Wednesday, April 17, 2013

Jentera PRU13 Dun Sungai Rapat Berkumpul DiRumah YB Dato Hamidah Untuk Nyatakan Sokongan



Lebih 1000 orang jentera PRU13 N43 Dun Sungai Rapat berkumpul dirumah YB Dato Hamidah malam tadi untuk mennyatakan sokong padu yang tidak berbelah bahagi kepada YB Dato Hamidah sendiri. Mereka tidak mahu pemimpin kesayangan mereka diperlekehkan oleh individu tertentu bagi kepentingan peribadi mereka.

Mereka menyatakan sokongan secara terbuka untuk memberi komitmen yang jitu kepada kelancaran masa berkempen dan seterusnya memastikan YB Dato Hamidah memenangi kerusi Dun Sungai Rapat dengan majoriti yang lebih tinggi.

Dalam ucapan YB Dato Hamidah terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh jentera parti dan berjanji akan bekerja dengan lebih keras lagi memastikan BN bukan sahaja menang di kerusi Dun Sungai Rapat malah di Parlimen Gopeng, Dun Teja dan Dun Simpang Pulai.

Dalam majlis yang sama Calon Parlimen Gopeng P.071 Dato’ Tan Chin Meng, calon N.44 : Simpang Pulai Dato' Chang Kon You @ Chen Kwan Wu dan calon N.45 : Teja Yew Sau Kham turut hadir memperkenalkan diri masing-masing kepada jentera parti.

3 comments:

  1. jom kita pakat menangkan calon parti walau siapa pun yg telah dicalonkan. our target is menangkan parti. kalo dh menang depa x berkhidmat utk rakyat kita benamkan aje calon tu lain time. ingat anda memikul amanah utk jd Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat. Rakyat adalah majikan anda, anda akan dibuang andai tak perform la. so ingat amanah anda menjamin kelestarian anda dalam berpolitik

    ReplyDelete
  2. Aku setuju sekarang masa nak sokong dan menangkan calon BN yang dipilih oleh DS Najib

    ReplyDelete
  3. Teman setuju beno kalo sebut yang berkhidmat dan bukan yang berhormat, sebab ada setengah lupa tugas hakiki kerana terlalu bangga dengan taraf yang berhormat sampai tak bolih ditegor kelemahanya.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.