Tuesday, April 2, 2013

Jika kita menang Parlimen Shah Alam, Sebelum ayam berkokok kilang Carlsberg kita tutup


Kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan. Mereka berjanji hanya untuk menang pilihanraya sahaja.

Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Kejadian 11 bulan kerajaan cina DAP memerintah negeri Perak yang majoriti orang Melayu dianggap satu mimpi buruk buat rakyat Perak, kata YB Dato Hamidah ketika berceramah di pentas Srikandi Wanita Umno di Seksyen 17 Shah Alam malam tadi.


Rakyat Perak sudah sedar betapa rasisnya rejim DAP Perak yang menjadikan pemimpin Pas sebagai balaci mereka jika mereka diserang oleh orang Melayu.

Orang Shah Alam sepatutnya belajar daripada keadaan dan kejadian yang berlaku di Shah Alam dimana semasa berkempen pada PRU12 pemimpin Pas sering mengatakan sebaik sahaja kita menang sebelum ayam berkokok kita tutup kilang Carlsberg.

Kini ayam yang berkokok pun sudah mati dan kilang Carlsberg masih utuh. Apa alasan Khalid Samad tentang ini?

Umno Shah Alam perlu bersemangat untuk menghadapi PRU13 nanti

13 comments:

  1. PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan islam spt yang diwar-warkan. Hanya sekadar bertopeng dibelakang ulama2 dgn serban besar saja. Perjuangan PAS sudah tenggelam dan hanyut bersama DAP dan Anwar Ibrahim demi kuasa.

    PAS hanya tukang cukup korum dan pk angkuk.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin Pas sekarang pun serban dah tak pakai dah

    ReplyDelete
  3. Sebelum PRU 2008 pelbagai janji ditabur dalam ceramah oleh pembangkang. Saya merasa menyesal dan satu kesilapan besar selepas mengundi PAS dan PKR ketika itu. Ternyata segala yang enak di dengar banyak pembohongan dan janji tidak ditepati. Kenapa YB Khalid Samad suka saman pihak lain?. Dalam ceramah beliau sendiri dan perjumpaan dengan masyarakat di Shah Alam YB ini banyak menghentam pemimpin UMNO. Sayang nya pemimpin UMNO tak saman YB ini. Bila dia yang kena kritik dia saman Utusan dan menang pulak.

    ReplyDelete
  4. Saya terpanggil untuk buat sedikit komen, saya adalah orang Shah Alam, masa kempen dulu pas brandedkan kononnya Umno rasuah, Pas dilihat bersih tetapi bila pakatan rakyat menang ternyata mereka lebih rasuah, penyelewengan kuasa dan sombong. Kali ini percayalah dalam rumah saya ada 7 pengundi akan pastikan tidak mengundi khalid gereja

    ReplyDelete
  5. Nanti jika UMNO menang adakah kilang Carlsberg akan ditutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO berjanji nk tutup ke bhai... Pas yg berjanji pun mungkir... ha ha ha... kena kencing bulat2 dgn PAS...

      Delete
  6. Penduduk Sek 19 tolong kemukakan bukti perlakuan rasuah dan penyelewengan kuasa tersebut yg saya tahu ada bukti penyelewengan kuasa dan rasuah adalah UMNO itu sendiri antaranya Khir Toyo didapati bersalah kes rasuah rujuk disini (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm) dan MP Sabak Bernam didapati bersalah membuat tuntutan palsu rujuk disini (http://www.sinarharian.com.my/semasa/mp-sabak-bernam-salah-buat-tuntutan-palsu-1.28190). Kalau setakat cakap tiada bukti takut jadi fitnah kerana Dosa Fitnah itu lebih berat dari dosa membunuh dan berzina. Jika ingat ALLAH kita kan takut kpd DOSA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha... bila dah ade bukti... kate itu ciptaan UMNO... kate besi x leh jadi bukti... bila disabit kesalahan... kata hakim mkn rasuah. Bila dlm jail... kate kjaan nk bunuh dgn beri suntikan HIV ARSENIK... sampai menangis surirumahnya. duduk jail 5 star boleh patah tengkuk nk pergi German repair tulang... ha ha ha lawak2.. bile dah lepas... boleh berjoget plak... Siapa yg betul ni sedare...?

      Delete
    2. Aku setuju sangattt. Kalau pu ki arr semuanya betul dan di bolehkan tapi kalau BN semuanya tak betul. Hilang akal ke apa?

      Delete
  7. Anonymous April 2, 2013 at 8:51 AM. UMNO tak saman YB Khalid Samad sebab apa yg dia cakap tu betol contohnya dia cakap Khir Toyo rasuah itu memang betol sila rujuk disini (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm). Dia saman Utusan sebab Utusan memang membuat fitnah dan sebab tu boleh menang sekarang awak sendiri boleh fikir mana politik fitnah dan mana politik tidak fitnah.

    ReplyDelete
  8. Pasal kes Khir Toyo: Sila rujuk RBF

    Eksklusif: Hakim Mokhtaruddin Tarik Diri, Akui Beliau Ipar Anwar Ibrahim
    April 2, 2013 ·

    Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki hari ini menarik diri dari satu kes sivil Anwar Ibrahim lawan Khairy Jamaluddin atas alasan mempunyai hubungan keluarga dengan Anwar. Saya dimaklumkan oleh salah seorang peguam yang berada di sana, Mokhtaruddin menyatakan beliau adalah ipar kapada Anwar Ibrahim.

    Sekiranya sesiapa masih ingat, saya pernah menulis mengkritik penghakiman beliau dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo tahun lalu. Dalam tulisan “Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?“, saya nyatakan, “hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini.”

    Hari ini tanda tanya saya mengapa Hakim Mokhtaruddin berkelakuan pelik dan luar biasa semasa perbicaraan dan ketika menjatuhkan hukuman dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo sudah terjawab.

    JAWAPANNYA: HAKIM PRO ANWAR. PATUTLAH BN KENA LAYAK

    ReplyDelete
  9. Hakim kroni Anwar ke? Patut le.

    ReplyDelete
  10. Samala masa PRU 2008 dulu di Perak. Risalah diedarkan oleh PAS di DUN Pasir Panjang tempat Nizar Jamaludin bertanding ada terjemahan ayat Quran minta orang Islam jangan memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin. Masa tu calon BN adalah dari MIC. Sekarang boleh pulak orang PAS undi DAP yang bukan Islam. Hukum kepala bana apa yang kome pakai. Sebab tu pada aku PAS adalah parti Ale Uto saja.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.