Thursday, April 18, 2013

Kamelia Ugut Untuk Bertanding Atas Tiket Bebas


Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang pernah mendesak Dato Seri Shahrizat supaya meletak jawatan hari ini mula mengugut pemimpin Barisan Nasionan ekoran beliau tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Kamilia Ibrahim kata itu sebagai satu penghinaan kepada saya.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana saya tidak diberi pengiktirafan sewajarnya,” katanya lagi.

“Saya banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan saya ada,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap saya tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat saya tidak ada perasaan,” katanya.

“Jika permintaan tidak diberi, saya mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya akan lakukan sesuatu, tetapi saya menunggu keputusan parti untuk diri saya.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.


Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.

Difahamkan Kamelia telah ditawarkan bertanding di Dun Chandan tetapi beliau enggan kerana bagi beliau calon Dun tidak layak untuk dirinya dan beliau mahu menjadi calon Parlimen.

Kamelia dikatakan calon yang tidak boleh menang kerana belliau dilihat malas untuk turun padang berjumpa rakyat dan ramai wanita di kawasan beliau sendiri kekok untuk bekerja dengan beliau kerana beliau terlalu bersifat protokol.

Disebabkan itulah calon Parlimen Kuala Kangsar di beri kepada Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad yang akan berhadapan dengan Khalil Idham Lim Abdullah calon dari Pas.

Apa pun Kamelia perlu menerima Takdir yang beliau tidak dicalonkan tetapi beliau tetap menjadi wanita no.2 dalam pergerakan wanita Umno. 

Rezeki Kamelia sebenar tidak habis setakat ini sahaja mana tahu beliau akan diberi senator kemudian menjadi menteri atau timbalan menteri? 

Apa yang penting beliau sewajarnya menunjukkan komitmen yang padu terhadap parti, yang lain serahkan kepada pucuk pimpinan parti.

26 comments:

Anonymous said...

Mana letaknya kepercayaan kadaq dan kadar? terimalah hakikat, itu ketentuan ilahi. memilih plak tu. bila dah jd camni.. org akan kata gila kuasa.. ni sume akan mencalarkan wanita umno

Anonymous said...

Apa mende lah makcik nih...nih le jenis species yg setia sebab diberi jawatan dan pangkat, bila xdiberi nih le ghupenya....udah2le tuh makcik oiii, banyak ghupenya manusia yg macam nih.. kalau dah tak terpilih tuh tak payah le bising2, patutnya kalau pun telah berjasa perluke disebut dan sendiri masuk bakul wehhh....so dalam lain perkataan, bila xterpilih, hah mulalah pukul canang yg diri tuh telah berjasa...patutnya waktu nilah tunjukkan kesetiaan pada pucuk pimpinan, nih tidak... so pathetic!

Anonymous said...

lucu la... dah bagi betis nak peha.. pagi DUN tak nak... nak parlimen... nanti dah bagi parlimen... menang... dia mintak menteri.... bagi timbalan menteri tak nak... nak menteri... bagi menteri wanita tak nak... nak menteri kewangan.... peeegi dah... ko ingat kao tanding tiket bebas kalau menang pun ko boleh ke buat apa2.... ada ke duit ko nak bagi sumbangan.... org perjuangan tak mengharapkan tempat... sebagai naib wanita pun boleh menyumbang...

Anonymous said...

Orang tamak selalu rugi. Apa salahnya jadi calon DUN. Nak berkhidmat pada masyarakat tak semestinya mesti berada di dewan rakyat.

Dari dulu lagi aku menyampah dengan pompuan ni. Tak perlu cerita pada orang kita banyak jasa ke tidak. Biar masyarakat yang menilainya.

Shahrizat sempoi saja. dia pulak yang lebih.

Apa-apa pun BN tetap dihatiku

Anonymous said...

Salam...ini apa punya orang dah, tak dapat di calonkan dan bekerja untuk 6 penggal sudah mula mengungkit ungkit, almarhom orang tua aku berjuang dengan darah dan airmata kerana cinta dan sayang pada bumi Melayu ini...almarhom tak kisah pun...sa tu jawatan pun tarak...mungkin beliau akan di calonkan nanti di Syurga mana tahu rahmat tuhan....ini adalah sebahgian unsung heroes...berjuang untuk agama bangsa dan tanahair?perjuangan alif ba ta?

Anonymous said...

Salam kalau dia sebagai pejuang dia tidak akan buat kenyataan sebegini punya teruk....aku pun dah 4 penggal tolong BN bukan kata calon pemimpin Umno pun tidak dilantik tetapi aku happy jer sebab aku tahu aku bukan berjuang untuk perut aku sendiri tetapi untuk Agama Bangsa dan Negara. Biarlah apa orang nak kata pada aku, rezeki aku melimpah ruah walaupun akun tidak mengharap rezeki melalui parti

Anonymous said...

Padan muka ko. Isteri dan suami sama saja. Sombong. Sedara pun tak kenal.

Anonymous said...

Ni satu lagi perangai macam Nuar Berahim. Masa dapat semua baik. Bila tak dapat meroyan sakan. Dah nampak tembelangnya sekarang. Memilih pulak tu. Protokol konon! Pasal diala kawan aku (penjawat awam) kena keluar dari daerah Kuala kangsar sebab permintaannya tak dapat ditunaikan kerana bercanggah dengan dasar jabatan.

Anonymous said...

Ni ikut perangai mentor dia , apanama bekas menteri miti tu , he he he

Anonymous said...

Salam sebenarnya kalau nak tahu tentang dia tanyalah kepada Naib Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar ...macam2 cerita ada.

Anonymous said...

Bila dah jadi macamneh barula aq tau yg sbnrnya makcik neh berjuang utk perot dia bkn utk agama, bangsa dan negara...kalo mak cik betol2 ikhlas dgn perjuangan, dia xkn menyalak bila xtercalon atau di ketepikan...

Anonymous said...

Ni kes malu kat org kg jer nie.... Dulu sombong ke main ngan orang kampung kononnya aku ni orang hebat. aku akan jd menteri. smp masa bila dah umum calon, malu nak terima hakikat depan org kampung... Smp masa kita, segala nikmat ya ada Allah bagi akan dikembalikan kepada Dia semula...

Anonymous said...

Pucuk pimpinan BN telah lama semak dan selidik calon2 yang akan bertanding. Semua rekod peribadi, keluarga, akademik, sokongan akar umbi, laporan risikan cawangan khas polis, SPRM, laporan parti, KIP dan bermacam2 diselidiki habis2an dan sekira memuaskan baru boleh dicalonkan.

Jangan pikir kita boleh jadi calon tapi diluar sana orang tak terima dan bermacam isu ditimbulkan nanti dari segi moral dan kredibiliti. Jadi mak cik ni masuk untuk politik untuk kepentingan sendiri atau parti? Kalau sendiri masuk PKR.

Anonymous said...

nie memang jenis parasite perosak UMNO dari dalam....orang kg Talang pun x layan jenis macam nie....seorang pemimpin x akan berkata begini....

Mika Angel-0 said...


penulis artikle ini pencacai rosmah mansur -
bn nak tumbang dah, bro

winnable di dun tapi tak di parliamen?
elok zambry pun letak jawatan




Anonymous said...

Artikel ini sebenarnya telah keluar di Sinarharian Online

Anonymous said...

orang macam ni la perosak agama bangsa negara konon nak berkhidmat untuk rakyat , ape ke bendenyer , sombong tunjuk lagak jer lebih .. nak memilih-milih kot diri tu baguih , tak payah ungkit-ungkit orang lain ada mata telinga tau nak nilai .....

Kekuda said...

nasib baik dia tak dicalonkan...

Anonymous said...

Rasanya memang elok pun tidak dicalonkan berdasarkan perangainya

Anonymous said...

harap lepas pru ni umno pecat makcik ni... ni la cth sekor manusia yg tak sodar dek untung.. utk pengetahuan makcik... wanita umno tunggu masa je nak kick ko

Anonymous said...

Dan di Sinaran Online terdapat pantun ni - pedas

Kamilia dikatakan calon yang tidak boleh menang
Kerana beliau dilihat malas untuk turun padang
Apa yang lebih penting buat BN sekarang?
Nak menang PRU13 ker, sesama sendiri berperang?

Ye ker wanita kali ini pucuk pimpinan tak pandang?
Aku tengok senarai calon ramai wanita dijulang
Bila Kamilia dan geng main ugut2, tau ler kiter sekarang
"Negara, agama dan bangsa" atau diri sendiri diperjuang?

Ingat, faktor “winnable candidate” yg patut dipegang.
Letaklah kepentingan diri sendiri tu di belakang
Dulu yer lah, senang-senang jer UMNO boleh menang
Sekarang ni macam-macam tindak tanduk pembangkang



Anonymous said...

ntahlah dato... tu ler jgn sombong ngan orang kuale

Anonymous said...

Kita mungkin selesa dengan baju yang dipakai tetapi tidak semestinya sesuai dengan mata orang ramai. Pemimpin terbaik adalah yang dipilih bukan yang memilih.

Anonymous said...

Rap something something

Anonymous said...

Kuala Kangsar memang sesuai dengan Kamaliah sebagai calon PRU 13. Anak tempatan yang tahu hal ehwal kawasan ini. Berbanding dengan DS Rafidah Aziz, Kamaliah lagi ‘pekat’ Kuala Kangsarnya. Dan secara kebetulan pula, DS Rafidah telah mengundurkan diri dari bertanding. Berlaku kekosongan. Dan sewajarnyalah Kamaliah mengisi kekosongan itu. Wakil Wanita UMNO. Bukan ahli biasa tetapi Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Anak tempatan. Professional ( peguam). Apa lagi kriteria yang diperlukan darinya. Semuanya lengkap. Semua dimilikinya. Dan beliau telah begitu sabar menunggu begitu lama. Akhirnya beliau tidak diberikan peluang. Itu yang aku katakan yang beliau teraniaya.

Yang aku hairan juga ialah apakah kepimpinan BN ( UMNO) tidak nampak kesan yang akan menimpa BN dalam PRU 13 nanti kesan daripada tindakan mereka yang sebegini. Mengenepikan Kamaliah dan beberapa orang pemimpin wanita yang lain dari beberapa negeri lain. Umum tahu bahawa wanita UMNO amat berperanan dalam setiap pilihanraya yang diadakan. Dan Wanitalah yang memainkan peranan penting memenangkan calon BN yang betanding. Ini hakikat. Dan amat ditakuti oleh pihak lawan. Pihak lawan hanya memandang sebelah mata kepada Puteri UMNO kerana peranannya tidak sehebat peranan Wanita UMNO.

Apabila Kamaliah mengalami nasib malang sebegini, tidak pula aku nampak suara dari ahli Wanita UMNO yang membela dan mepersoalkan kewajaran tindakan kepimpinan UMNO. Semua nya senyap. Sepi sesepinya. Seolah-olah kesemuanya bertindak menyelamatkan diri. Tidak ada suara samada dari Ketua Wanita dari negeri-negeri atau dari kalangan ahli exco Wanita UMNO. Mungkin ada. Aku yang tak tahu dan tak dengar.

Tapi sebenarnya ini perkara biasa dalam UMNO. Seperti enau dalam belukar. Masing-masing nak melepaskan pucuk sendiri. Yang penting menyelamatkan diri dan ‘perut’.

Anonymous said...

Yalah tu yop! Dia memang disukai oleh ramai penduduk kk. Ia boleh diterjemahkan melalui undian PRU13: BN 14,218; PAS 13,136 n kamalia 447 pengundi je yg terasa suka beliau. Tahniah dan cuba lagi LainKaliLah! ApaPunTakDapatLah!

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.