Saturday, April 6, 2013

Kerana Sikap Pengarah Sebegini Kerajaan BN Menerima Tempiasnya


Kerana sikap suka bermewah-mewah membuatkan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan isterinya dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam rasuah.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima dan empat tahun serta didenda RM2.5 juta oleh Mahkamah Seksyen semalam, selepas didapati bersalah atas kesalahan rasuah, Mac tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid turut mengarahkan pasangan itu, Noor Mohamed Khan Mohamad Maslan, 40 dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 32, menjalani hukuman setahun penjara lagi jika gagal membayar denda.

Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.

Noor Mohamed Khan didapati bersalah bersubahat dengan isterinya yang juga pengurus akaun sebuah syarikat, menerima suapan sebanyak RM250,000.

Suapan itu daripada Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat pembekal peralatan forensik, Siaga Informatics Sdn Bhd, Mohd Shukri Othman, kerana kononnya Suraya Hani boleh membantu syarikat itu mendapat surat tawaran untuk mereka bentuk, memasang, menguji dan memulakan makmal forensik digital bagi SKMM.

Suraya pula didakwa menerima suapan berkenaan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat berkenaan di Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/7, Subang Business Centre, Subang Jaya, pada jam 10.25 malam, 14 Mac tahun lalu.

M Bakri berkata, tertuduh pertama membabitkan isterinya dalam kesalahan itu sedangkan mereka sepatutnya memikirkan kesalahan dibuat sebelum didapati bersalah.

“Tertuduh pertama adalah kakitangan awam yang sepatutnya memberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran atau rasuah. Perbuatan tertuduh pertama dibantu tertuduh kedua, menjejaskan imej baik kakitangan awam.

“Mahkamah juga perlu memberikan hukuman lebih tinggi kepada tertuduh pertama kerana dia bertindak sebagai perancang dalam kes ini,” katanya.

Terdahulu, peguam Nasir Aziz yang mewakili kedua-dua tertuduh ketika merayu hukuman diringankan memberi alasan tertuduh pertama perlu menyara lapan anaknya hasil perkahwinan pertama dan ia kesalahan pertamanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wong Poi Yoke, berkata kedua-dua tertuduh mencemar nama baik SKMM.

Katanya, tujuan menubuhkan makmal forensik itu adalah untuk menyiasat kes.

2 comments:

  1. Barulah nak pakai songkok! Kalau pakai kopiah putih tu baru sesuai! Terutama ada logo PAS! Sesuai dgn sifat munafik tu!

    ReplyDelete
  2. Mangkuk ni belum tentu lagi penyokong BN.. kot2 dari puak Pakatan Haram yg saja2 nak menjahanamkan kerajaan BN.. siasat jangan tak siasat!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.