Sunday, April 21, 2013

Kerana Tamak Inilah Jadinya


Siapa kata wanita tidak ramai dicalonkan oleh Barisan Nasional? Jika mengikut fakta dari Suruhanjaya Pilihanraya seramai
168 calon wanita akan bertanding merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Dalam banyak-banyak pencalonan tersebut BN merupakan paling ramai meletakkan calon wanita iaitu 22 orang bagi kerusi Parlimen dan 49 orang di DUN.

Jika Datuk Kamelia mengatakan bahawa Perdana Menteri tidak mengiktiraf wanita tenyata kenyataannya salah sama sekali.


Kamelia sendiri telah ditawarkan untuk bertanding di Dun Chandan tetapi Kamelia menolak cadangan menteri Besar Perak dan beliau mahu juga Parlimen Kuala Kangsar.

Jika beliau ditawarkan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar sekalipun bila menang mesti beliau ugut pula nak jadi menteri penuh.

Untuk tidak memanjangkan kemelut ini yang menjadi liputan hangat di Harakah, Sinarharian, Keadilandaily dan banyak lagi portal pembangkang jadi lebih elok surat pemecatan seharusnya dikeluarkan kerana jika dibiarkan lama lagi banyak masalah yang akan timbul.

Sebagai pemerhati hanya sifat tamak, ego dan bongkak sahaja yang berada dalam diri Kamelia kerana sifat-sifat inilah bakal menghancurkan diri sendiri.

9 comments:

  1. Sian mak cik Chameleon neh ye....dah mcm citer anjing dan bayang-bayang...dah di ujung senja neh bawak2la dok umah jaga cucu....sok yg di kejar xdpt, yg di kendong berciciran....

    Dahla tuh mak cik...jgn memalukan anak cucu mak cik dgn sikap haloba.....

    ReplyDelete
  2. Spesis 'atas' dan 'bawah' dok komplen tua expired ni. Kalo tak puas..gi cari Nazir lambai noo..

    ReplyDelete
  3. Not important.. Let Her go... Dato Najib we demand you give way to as many new clean blood as possible. I want my government to change, not to change my government. Datuk Kamelia ..thank you for your service in the past and best of luck chasing your future dream....

    ReplyDelete
  4. Just bcoz Najib and Shahrizat does not like her ........why...why....why....
    Najib jgn terlalu confident........jgn hanya pilih kaki ampu dan bodek saja.

    ReplyDelete
  5. True colours....bila tak terpilih..as simple as that!!! It's all about her refusal to be DUN B/Chandan's candidate simply bcoz she's imagining to be a full MENTERI in the cabinet as replacement for Shahrizat....semua trick tuh dalam kocek.....or the least tak bole ke reda dgn ketentuan Allah?

    ReplyDelete
  6. Ingatlah..tak ramai wanita Malaysia ni yang dapat peluang mcm makcik kama kita nih..beliau sepatutnya bersyukur dengan peluang yang diberikan..bukan tonjolkan sikap diberi betis hendakkan paha

    ReplyDelete
  7. jangan balun dia berlebihan... dia orang no 2 dalam wanita, jangan diperkecilkan sokongan akar umbi pada dia.. selama hari ni yang bekerja keras adalah wanita. dalam kita dok hentam dia sebagai orang yang tamak, ego, bongkak dsbnya belum tentu semua ahli wanita terutamanya akar umbi bersetuju dengan label yang kita berikan pada dia tu.. dulu kita sanjung, hurung dia sebab dia ada jawatan, hari ni label macam2. apa salahnya dia dicalunkan di KK, dia tak pernah sepenggal pun jadi MP. dia setia menunggu dato' rafidah, dia tak ada isu.. mungkin teguran dia berkaitan isu NFC dato' shahrizat itu yang menjadi punca permulaannya. pelik transformasi sekarang ni... zulkifli nordin yg dulunya mengata, mengutok, hentam, caci maki umno kaw-kaw kini dijulang sebagai winnable candidate. johan che pa yg hadir masa penamaan calun tapi tak menyerah borang pencalunan di pasir mas sehingga menyebabkan BN tak bertanding, kenapa tidak dipecat serta merta seperti dato kamilia. itu lagi khianat namanya...

    ReplyDelete
  8. Berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS

    .1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar
    2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen TasekGelugor,
    3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang
    4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang
    5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – ParlimenBandar Tun Razak
    6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak,Mohamad Sukeri Abdul Samat – ParlimenBandar Tun Razak
    7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
    8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
    9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
    10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN AlorMengkudu
    11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau
    12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning
    13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela,Mohd Azaman Johari – ParlimenPengerang
    14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir
    15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
    16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu,Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri
    17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih,Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek
    18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil
    19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat
    20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti
    21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu
    22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN SungaiSibugah
    23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah
    24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu
    25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN KualaKubu Bharu

    ReplyDelete
  9. Semoga UMNO terpelihara dari orang2 yang ada agenda tersendiri dan mendahului kepentingan diri melebihi agama,bangsa dan negara. Aku kadang kesian tgok rakan2 yg beria sungguh mencatur karier politik dan peluang2 utk mengisi temboloknya. Percayalah dengan ketentuan Allah, segala apa yg terjadi tidak terlepas dengan izin dan ketentuanNya juga. Kalau sesuatu itu bukan milik kita, belajarlah utk redha....jgn diikut nafsu amarah.

    UMNO pernah kehilangan rmai org2 besar berjawatan menteri bila KULI keluar parti, alhamdulillah....UMNO masih utuh,begitu juga ketika krisis anvar. NIAT mesti betul, permulaan - pertengahan dan diakhirnya.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.