Wednesday, April 17, 2013

Khalid Dah Mula Maracau, Kecut Telor Untuk Menghadapi Datuk Zulkifli Nordin


Khalid Samad bekas ahli parlimen Shah Alam yang tidak pernah turun padang mula meracau sendirian kerana terlalu takut untuk menghadapi bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dalam pertandingan satu lawan satu.

Khalid mula menyalahkan BN Selangor kerana tidak adil memberi peluang kepada Datuk Zulkifli Nordin untuk bertanding di Shah Alam.

Khalid juga menuduh  bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin adalah orang luar yang datang dari Kedah tetapi samada sedar atau tidak Khalid juga orang luar datang dari Johor Bharu.

Khalid mengakui jika pemimpin BN senang beliau mengalahkannya tetapi dalam keadaan ini usaha BN untuk merampas Selangor, mereka sanggup gunakan Zul Noordin untuk capai cita-cita mereka.

Khalid yakin warga Shah Alam lebih bijak dalam hal ini dan tidak boleh dikaburi dengan isu-isu sensasi dan emosi lagi dan pandai memilih pemimpin mana yang mengutamakan Islam.

Kata Khalid jika rakyat Shah Alam memilih saya sebagai wakil mereka maka perpaduan akan lebih harmoni samada Islam dan Kristian tetapi jika memilih
 bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin maka penganut Kristian akan diabaikan.

Khalid yang pernah menggegarkan dunia Islam apabila membenarkan umat Islam dimurtadkan di gereja Damansara Utama(DUMC) ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan kes inilah membuatkan Pas menyingkirkan Datuk Dr Hassan Ali daripada Pas kerana menentang umat Islam murtad.

1 comment:

  1. Khalid oh Khalid..itulah akibatnya tak menjaga Hak Allah..Menjual nama Allah kpd org Kafir..bertaubatlah..selamatkan Aqidah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.