Monday, April 1, 2013

Khalid Kemukakan Bukti Palsu dalam perbicaraan kes saman keatas YB Dato Hamidah


Perbicaraan kes saman Khalid Samad terhadap blog yang dikatakan dipunyai oleh YB Dato Hamidah Osman yang kononnya telah memfitnah beliau dengan mempamerkan imej beliau berbaju seperti seorang paderi.

Menurut peguam Defendan, Dato Hafarizam setelah diselidik melalui carian alamat internet yang sama seperti yang dikemukakan oleh Plantif mendapati image yang dikatakan gambar Khalid Samad berpakaian seperti paderi tidak kelihatan.

Carian yang sama juga telah dilakukan pada hari yang sama cuma berbeza beberapa jam sahaja mendapati tiada kelihatan image seperti yang didakwa oleh plantif.

Oleh yang demikian pihak defendan mahu pihak plantif mengemukakan bukti asli yang bukannya direka atau ditambah bagi tujuan dengan niat menipu dan memburuk-burukkan defendan iaitu YB Dato Hamidah Osman.

Ini bererti pihak Khalid Samad perlu mengemukakan satu salinan asli daripada blog asal hamidahosman. blogspot yang menunjukkan bahawa gambarnya telah disuperimpose bagi tujuan memfitnah atau sebagainya.

Salinan yang dikemukakan oleh pihak Khalid Samad seolah-olah ditambah image dirinya yang memakai pakaian seperti paderi

Semasa disoalbalas oleh peguam YB Dato Hamidah iaitu Datuk Hafarizam Khalid Samad mengaku tidak bersetuju dengan jawatankuasa fatwa negeri Selangor supaya Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Alasan Khalid Samad adalah beliau pernah bertemu dengan Sheikh Yusuf Qardawi, Sheikh Wahab dari Turki dan Ustaz Asri bekas mufti Perlis dan mereka terkejut dan sedih apabila mendengar Malaysia tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama lain.

Menurut Khalid lagi semasa zaman nabi Muhammad pun tidak berlaku sebegini rupa. Jika Nabi Muhammad melakukan seperti apa yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia maka kaum kafir akan menjauhkan diri.

Apabila ditanya adakah beliau telah membuat laporan polis tentang artikel yang dikatakan memfitnah beliau dan Khalid menjawab itu bukan soalnya dan saya fikir tidak perlu buat laporan polis.

Apabila ditanya kenapa semasa artikel itu keluar pada 12.1.2010 beliau tidak mengambil tindakan dan menunggu sehingga 23.11.2011 baru beliau mahu mengambil tindakan. Khalid menjawab bahawa dia perlu membuat persiapan.

Khalid Samad bersetuju bahawa artikel yang telah dikemukakan sebagai bahan bukti kepada mahkamah bukan daripada http://hamidahosman.blogspot.com/ tetapi sebaliknya daripada sumber lain.

Khalid Samad juga bersetuju apabila ditanya pendapatnya bercanggah dengan Majlis jawatankuasa fatwa negeri Selangor. 

Dato Hafarizam menyoal adakah ilmu yang dimiliki oleh YB Khalid Samad jauh lebih baik daripada ahli-ahli majlis jawatankuasa fatwa negeri Selangor.

Khaid Samad menjawab walaupun saya tidak memiliki ilmu khusus tentang agama tetapi saya sentiasa berhujah mengikut sunnah dan dalil. Saya juga mengambikira pendapat beberapa ulamak termasuk Sheikh usuf Al-Qardawi dan Ustaz Asri.

Kata Khalid, saya sangsi dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa ini kadang-kadang mereka melakukan perkara yang haram dikatakan wajib yang yang wajib dikatakan haram

4 comments:

  1. .
    ..
    ...
    Nothing is new with this skunk species.
    A total waste of time. Might as well watch the paint to dry!

    ...

    ..


    .

    ReplyDelete
  2. khalid...khalid... nak tegak benang basah....ilmu dia dasyat ooo ...majlis fatwa pun kalah.

    ReplyDelete
  3. dia ni agama pun sanggup dia gadaikan.. sanggup mempertahankan kehendak org2 kafir.. rosak puak2 ni..

    ReplyDelete
  4. layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.