Tuesday, April 9, 2013

Lagi Fatwa Sesat Terbaru Nik Aziz


Mursyidul Am Pas yang paling sesat, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan daripada golongan ulama dan tahfiz semakin merepek apabila mendakwa kewujudan UMNO satu kecelakaan besar kepada orang Melayu.

Beliau dalam nada marah mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO jahat dan berlagak seperti Tuhan apabila mula bercakap mengenai Islam tetapi pada masa sama menolak agama itu dalam perjuangan.

Dalam kenyataan kerasnya, Menteri Besar Kelantan paling tua itu turut mendakwa UMNO adalah parti yang paling haram di negara ini kerana menolak Islam dan tidak mengamalkan undang-undang Islam semata-mata mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin MIC dan MCA yang katanya jelas menolak Islam.

Pada masa sama, beliau mendabik dada mendakwa kononnya Pas telah berjaya mendidik pemimpin-pemimpin DAP sehingga parti itu menerima Islam dan mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika DAP diharamkan.

"Dia sebut haram undi Pas, saya kata kalau Pas ini haram tiada parti di Malaysia ini yang boleh diundi. UMNO lebih haram lagi kerana UMNO orang Melayu, tolak Islam, bila tolak Islam, dia nak bawa hala agama mana, pemimpin UMNO nak bawa Melayu pada agama apa.

"UMNO ni letak taraf dia serupa dengan Tuhan, dia boleh kata Islam itu ditolak pada hal Islam ni agama Allah. Allah ni maha suci, maha kuasa kita sebut subhanallah jadi pemimpin UMNO ni letak taraf dia serupa Tuhan, berasa nak tolak, tolak, berasa nak terima, terima, ini jahat.

"Oleh yang demikian kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi UMNO-lah yang pertama diharamkan. Pas tahu MCA tak boleh terima Islam, DAP terima Islam dan Hudud sepenuhnya, jadi Pas punya keadaan berkeras sekalipun nak Islam DAP boleh terima.

"Maka kerana kerana UMNO ambil hati MCA ertinya UMNO kuda tunggangan bagi MCA. Pas (prinsip kami) berkeras nak terima kami jadi pakatan dengan DAP kena terima Islam tak nak terima sudah," katanya ketika ditemui dirumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas deklarasi yang dikeluarkan pada Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat, dan Tahfiz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa mengundi pakatan pembangkang pada PRU-13 adalah haram kerana parti pembangkang menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Untuk rekod, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mencabar Pas agar "melangkah mayatnya dahulu" jika parti sekutunya bercadang untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud.



Sehingga kini DAP tidak pernah menerima perlaksanaan hukum Islam atau negara Islam dan memaksa Pas menukarkan kepada negara kebajikan.

Malah pas terpaksa akur dengan pemimpin cina DAP Kristian untuk menggunakan Kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu

6 comments:

Anonymous said...

Mcm ckp kat dr sendiri aje kan...ishh makin pelik manusia ni. Yg dok kata langkah mayat tu mca la gamaknya yek...ooo yg minta dpulangkan arak tu mca la gamoknya...aduyai buta btul deme ni. Dh paroh dah

Anonymous said...

pada aku, nik aziz ni la yg bawa kecelakaan pada umat islam di msia ni...

cuba kalau nik aziz ni tak dek... maka tiada la doa pecah perot, kapir mengkapir, kata org tak dok pahala, ketawa ngelekek bila nga dgn ngeh baca ayat al quran, jual nama Allah ke kapir, dll....



Anonymous said...

Letih dok layan tok ni !

Anonymous said...

"DAP terima Islam dan Hudud sepenuhnya"... err.. Steadylah Nik, menipu sepanjang zaman selagi hayat dikandung badan...

Welcome to the light, luncai..

GF said...

salam2all,

Bisnis sekejap, jom check out promosi kapsul herba pacak langit untuk tegang lebih lama, rm100 utk 3 botol, klik di bawah untuk keterangan lanjut.

kapsul herba pacak langit tegang lebih lama

Anonymous said...

Pok Nik ni dah sesat barat, nyawa liat macam Areial Sharon juga

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.