Tuesday, April 23, 2013

Laporan Polis Terhadap Kenyataan Hadi Awang Mengenai Calon PKR Jual Pil Kuda




Seorang aktivis sosial yang bernama Hamdan Bin Osman bersama 20 yang lain telah membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai calon PKR yang menjual pil kuda.

Kenyataan Hadi adalah seperti dalam video dibawah ini:


Menurut Hamdan Osman perkara yang dinyatakan oleh Hadi Awang merupakan satu kenyataan yang serius, melampaui batas politik.

"Menjual pil kuda adalah satu kesalahan jenayah. Hadi Awang perlu mendedahkan siapa yang dimaksudkan olehnya. Sekiranya beliau tidak berbuat demikian beliau haruslah didakwa dimahkamah sebagai seorang pemimpin yang melindungi penjenayah", kata Hamdan lagi ketika ditemui selepas membuat laporang polis di Balai Polis Kampung Rapat.

Ada kemungkinan Hadi Awang cuba menuduh calon PKR bagi Dun Seberang Takir iaitu Ahmad Nazri Mohd Yusoff seorang usahawan yang mempunyai farmasi di Kemaman Terengganu.

Hamdan berharap pihak polis membuat sisatan terperinci mengenai kenyataan Hadi Awang ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.