Monday, April 1, 2013

Live: Perbicaraan kes saman Khalid Samad

Perbicaraan baru bermula peguam bagi YB Dato Hamidah Datuk Hafarizam pada pagi ini akan menyoal semua saksi yang dikemukan oleh pihak Khalid Samad dan saksi disebelah pihak YB Dato Hamidah Osman.

Perbicaraan akan dijalankan oleh hakim YA Dato Osman

Peguam Khalid Samad mengatakan bahawa blog kononnya kepunyaan YB Dato Hamidah Osman telah memfitnah Khalid Samad .

Walaubagaimana pun pihak Khalid Samad tidak mahu mengemukakan salinan asal artikel itu

Dato Hafarizam mengatakan bahawa ini bukan soal mengaku atau tidak tetapi evidence yang dikemukakan adalah palsu.

Menurut Dato Hafarizam evidence yang dikemukakan terdapat 3 perkara yang telah diubahsuai iaitu alamat blogspot dan artikel juga diragukan oleh itu dibawah under sek 62 pihak yang menyaman perlu mengemukakan salinan asal dan dibawa ke mahkamah

Peguam Khalid Samad akui memang ada percanggahan tetapi itu tidak penting yang pentingnya adalah kandungan dan gambar dan itu pun sudah cukup sebagai bukti

Hakim Dato Osman bersetuju dengan hujah Dato Hafarizam dan pihak Plantif perlu mengemukakan salinan asal daripada original blogspot

Mahkamah memberi tempoh jam 11:30 untuk pihak plantif mengemukakan salinan asal

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.